Mazmur 92:1-15

  • Yehuwa diagungkan buat selama-lamanya

    • Perbuatan-Nya yang hebat dan fikiran-Nya yang dalam (5)

    • “Orang baik akan hidup subur seperti pokok” (12)

    • Tetap bertumbuh subur bahkan pada masa tua (14)

Mazmur. Lagu untuk hari Sabat. 92  Betapa bagusnya untuk bersyukur kepada-Mu, ya Yehuwa,+Dan menyanyikan lagu untuk memuji* nama-Mu, ya Tuhan Yang Maha Tinggi.   Betapa bagusnya untuk menghebahkan kasih setia-Mu+ pada waktu pagi,Dan kesetiaan-Mu pada waktu malam,   Diiringi alat muzik bertali,*Serta irama lunak daripada kecapi.+   Ya Yehuwa, aku gembira kerana perbuatan-Mu.Aku bersorak dengan gembira kerana karya tangan-Mu.   Betapa hebatnya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+ Betapa dalamnya fikiran-Mu!+   Orang yang tidak berakal tidak dapat mengertinya,Dan orang yang bodoh tidak dapat memahami hal ini:+   Meskipun orang jahat tumbuh subur seperti lalang*Dan semua orang yang melakukan kejahatan hidup makmur,Akhirnya mereka akan dibinasakan buat selama-lamanya.+   Tetapi ya Yehuwa, Engkau diagungkan buat selama-lamanya.   Lihatlah kekalahan musuh-musuh-Mu, ya Yehuwa.Lihatlah bagaimana mereka akan binasa.Semua orang yang melakukan kejahatan akan dicerai-beraikan.+ 10  Tetapi Engkau akan menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar.Aku akan menyapu minyak yang baharu pada kulitku.+ 11  Mataku akan melihat kekalahan musuh-musuhku.+Telingaku akan mendengar tentang kejatuhan orang jahat yang telah menyerangku. 12  Tetapi orang baik akan hidup subur seperti pokok palma,Dan bertumbuh besar seperti pokok sedar di Lebanon.+ 13  Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah Yehuwa.Mereka bertumbuh subur di halaman-halaman Rumah Tuhan kita.+ 14  Mereka akan tetap bertumbuh subur bahkan pada masa tua.+Mereka akan sentiasa kuat* dan segar,+ 15  Dan menghebahkan bahawa Yehuwa memang adil. Ya, Dialah Gunung Batuku,+ dan tidak ada kejahatan pada-Nya.

Nota Kaki

Atau “bermain muzik untuk.”
Atau “alat muzik bertali 10.”
Atau “rumput.”
Harfiah, “gemuk.”