Mazmur 5:1-12
Untuk pengarah muzik; untuk Nehilot.* Lagu yang digubah oleh Daud.
5 Ya Yehuwa, dengarkanlah kata-kataku;+Dengarkanlah keluhanku.
2 Ya Tuhanku dan Rajaku, dengarkanlah seruanku meminta tolong,Kerana aku berdoa kepada-Mu.
3 Ya Yehuwa, pada waktu pagi Engkau akan mendengar suaraku;+Pada waktu pagi, aku akan meluahkan kekhuatiranku kepada-Mu+ dan aku akan menantikan jawapan-Mu.
4 Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;+Tiada orang jahat yang boleh tinggal bersama-Mu.+
5 Tiada orang angkuh yang boleh menghadap-Mu.
Engkau membenci semua orang yang berbuat jahat.+
6 Engkau akan melenyapkan orang yang bercakap bohong.+
Ya Yehuwa, Engkau membenci orang yang ganas dan yang suka menipu.*+
7 Tetapi aku boleh masuk ke dalam tempat kediaman-Mu+ kerana kasih setia-Mu yang besar;+Dengan penuh rasa takut dan hormat, aku akan bersujud menghadap ke arah Rumah-Mu yang suci.+
8 Ya Yehuwa, bantulah aku untuk berjalan mengikut jalan-Mu tanpa tersandung.Bimbinglah aku menurut haluan-Mu yang benar kerana musuhku mengelilingi aku.+
9 Aku tidak dapat mempercayai apa pun yang dikatakan mereka;Hati mereka penuh dengan niat yang jahat;Mulut mereka ialah kubur yang terbuka;Lidah mereka suka mengampu orang.+
10 Ya Tuhan, Engkau akan menyatakan mereka bersalah,Kerana mereka telah memberontak terhadap-Mu.
Mereka akan celaka akibat rancangan mereka sendiri.+Biarlah mereka dilenyapkan akibat dosa mereka yang begitu banyak.
11 Tetapi semua orang yang berlindung kepada-Mu akan bersukacita;+Mereka akan bersorak-sorai dengan gembira;
Mereka yang mengasihi nama-Mu akan berbahagia.Engkau akan menghalang orang lain daripada mencederakan mereka.
12 Ya Yehuwa, Engkau akan memberkati orang yang melakukan apa yang benar;Engkau akan berkenan kepada mereka, dan Engkau akan melindungi mereka seperti sebuah perisai yang besar.+