Mazmur 138:1-8

  • Meskipun Tuhan agung, Dia prihatin

    • “Engkau menjawab ketika aku berseru” (3)

    • ‘Walaupun aku dalam bahaya, Engkau menyelamatkan aku’ (7)

Mazmur yang digubah oleh Daud. 138  Aku akan memuji-Mu dengan segenap hatiku.+ Di hadapan tuhan-tuhan lain,Aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.   Aku akan sujud ke arah Rumah-Mu yang suci+Dan memuji nama-Mu,+Kerana Engkau pengasih dan setia, Kerana Engkau menjadikan firman-Mu dan nama-Mu lebih agung daripada segala-galanya.*   Engkau menjawab ketika aku berseru kepada-Mu;+Engkau menguatkan aku dan memberanikan aku.+   Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya Yehuwa,+Kerana mereka telah mendengar tentang janji-janji yang Engkau ucapkan.   Mereka akan bernyanyi tentang perbuatan Yehuwa,Kerana kemuliaan Yehuwa besar.+   Meskipun Yehuwa begitu agung, Dia akrab dengan* orang yang rendah hati,+Tetapi Dia tidak ingin bersahabat dengan orang yang sombong.*+   Ya Tuhan, walaupun aku dalam bahaya, Engkau akan memelihara nyawaku.+ Engkau menghulurkan tangan-Mu untuk menentang musuh-musuhku yang sedang marah;Dengan tangan kanan-Mu, Engkau menyelamatkan aku.   Ya Yehuwa, Engkau akan melaksanakan segala-galanya demi aku. Ya Yehuwa, kasih setia-Mu kekal abadi;+Janganlah tinggalkan manusia yang telah Engkau ciptakan.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Kerana Engkau menjadikan firman-Mu lebih besar daripada nama-Mu.”
Atau “Dia memperhatikan.”
Atau “Tetapi Dia hanya mengenali orang yang sombong dari jauh.”