Mazmur 45:1-17

  • Perkahwinan raja yang diurapi

    • Kata-kata yang menyenangkan (2)

    • “Tuhan ialah takhta tuanku untuk selama-lamanya” (6)

    • “Kecantikanmu akan memikat hati raja” (11)

    • ‘Putera-putera tuanku dilantik sebagai penguasa’ (16)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Maskil.* Lagu kasih; digubah oleh keturunan Korah.+ 45  Sesuatu yang menyenangkan telah membuat hati hamba membuak-buak. Hamba berkata, “Lagu hamba adalah tentang seorang raja.”+ Semoga lidah hamba menjadi seperti pena+ seorang jurutulis* yang mahir.+  2  Tuanku ialah orang yang paling kacak antara umat manusia. Kata-kata yang keluar daripada mulut tuanku sungguh menyenangkan.+ Itulah sebabnya Tuhan memberkati tuanku selama-lamanya.+  3  Ya tuanku yang perkasa,+ ikatkanlah pedang pada pinggang tuanku,+Dengan penuh keagungan dan kemuliaan.+  4  Majulah dengan megah menuju kemenangan;*+Dengan kuda tuanku, maralah demi kebenaran, keadilan, dan kerendahan hati;+Dengan tangan kanan tuanku, lakukanlah perkara-perkara yang menakjubkan.  5  Anak panah tuanku yang tajam akan menembusi hati musuh-musuh tuanku;+Bangsa-bangsa akan rebah di hadapan kaki tuanku.+  6  Tuhan ialah takhta tuanku untuk selama-lamanya;+Pemerintahan kerajaan tuanku adil.+  7  Tuanku mencintai keadilan+ dan membenci kejahatan.+ Maka Tuhan tuanku mengurapi tuanku+ dengan minyak* dan menjadikan tuanku lebih bersukacita+ daripada sahabat-sahabat tuanku.  8  Semua pakaian tuanku berbau mur, gaharu, dan kulit kayu manis;Alat muzik bertali yang dimainkan di istana gading menggembirakan hati tuanku.  9  Puteri-puteri raja terdapat dalam kalangan wanita yang tuanku muliakan. Permaisuri berdiri di sebelah kanan tuanku dengan dihiasi emas dari Ofir.+ 10  Hai anak perempuanku, dengarlah dan berikanlah perhatian kepada kata-kataku;Lupakanlah bangsamu dan kerabat bapamu. 11  Kecantikanmu akan memikat hati raja.Baginda akan menjadi tuanmu,Maka tunduklah kepada baginda. 12  Penduduk kota Tirus akan membawa hadiah untukmu;Orang yang paling kaya akan mencuba mendapat perkenanmu. 13  Puteri raja* kelihatan sungguh mulia di dalam istana;Pakaiannya dihiasi dengan emas.* 14  Dia akan mengenakan pakaian yang ditenun dengan begitu indah,* lalu dibawa menghadap raja; Dia akan diiringi oleh anak-anak dara yang juga akan dibawa menghadap raja. 15  Dengan sukacita dan kegembiraan,Mereka akan dibawa masuk ke dalam istana raja. 16  Ya tuanku, putera-putera tuanku akan menggantikan nenek moyang tuanku. Tuanku akan melantik mereka sebagai penguasa di seluruh bumi.+ 17  Hamba akan mengisytiharkan nama tuanku kepada generasi-generasi yang akan datang.+ Maka bangsa-bangsa akan memuji tuanku buat selama-lamanya.

Nota Kaki

^ Lihat Kamus.
^ Atau “penyalin hukum Tuhan.”
^ Atau “kejayaan.”
^ Harfiah, “minyak kegembiraan.”
^ Iaitu, pengantin perempuan yang dirujuk di ayat 10.
^ Atau “Pakaiannya bersulamkan benang emas.”
^ Atau mungkin, “mengenakan jubah yang bersulam.”