Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 B1

Mesej dalam Bible

LIHAT

Tuhan Yehuwa berhak menjadi pemerintah. Cara pemerintahan-Nya adalah yang terbaik. Tujuan-Nya bagi bumi dan umat manusia akan terlaksana.

Selepas 4026 SM

“Ular,” iaitu Syaitan, mempersoalkan hak Yehuwa untuk memerintah dan cara pemerintahan-Nya. Yehuwa menjanjikan ‘keturunan’ yang akan datang dan akhirnya meremukkan ular itu. (Kejadian 3:1-5, 15) Sementara itu, Yehuwa membenarkan manusia memerintah diri sendiri di bawah pengaruh ular.

1943 SM

Yehuwa memberitahu Abraham bahawa ‘keturunan’ yang telah dijanjikan itu akan datang daripada garis keturunannya.—Kejadian 22:18.

Selepas 1070 SM

Yehuwa meyakinkan Raja Daud dan kemudian anaknya Salomo bahawa ‘keturunan’ yang dijanjikan itu akan datang daripada garis keturunan mereka.—2 Samuel 7:12, 16; 1 Raja-Raja 9:3-5; Yesaya 9:6, 7.

29 M

Yehuwa menyingkapkan bahawa Yesus ialah ‘keturunan’ yang dijanjikan itu dan dia ialah Pewaris takhta Daud.—Galatia 3:16; Lukas 1:31-33; 3:21, 22.

 33 M

Ular, iaitu Syaitan, telah melumpuhkan ‘keturunan’ yang dijanjikan itu buat seketika dengan membunuh Yesus. Yehuwa membangkitkan Yesus untuk hidup di syurga. Dia menerima nilai kehidupan Yesus yang sempurna. Maka dosa dapat diampunkan dan keturunan Adam dapat memperoleh kehidupan kekal.—Kejadian 3:15; Kisah 2:32-36; 1 Korintus 15:21, 22.

Kira-kira 1914 M

Yesus membuang ular itu, iaitu Syaitan, ke bumi. Syaitan hanya dapat menyesatkan orang di bumi untuk masa yang singkat.—Wahyu 12:7-9, 12.

Masa Depan

Yesus akan mengurung Syaitan selama 1,000 tahun. Kemudian Yesus akan meremukkan kepala ular itu, iaitu Syaitan, dengan memusnahkannya. Tujuan asal Yehuwa bagi bumi dan umat manusia akan terlaksana. Nama Yehuwa akan disucikan, dan Dia akan terbukti sebagai pemerintah yang terbaik.​—Wahyu 20:1-3, 10; 21:3, 4.