Mazmur 4:1-8

  • Doa orang yang percaya kepada Tuhan

    • “Jika kamu marah, janganlah berdosa” (4)

    • ‘Aku akan tidur dengan tenteram’ (8)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Daud. 4  Ya Tuhanku yang adil dan benar,+ jawablah aku apabila aku berseru kepada-Mu. Bukalah jalan keluar bagiku sewaktu aku berada dalam kesusahan. Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku dan dengarlah doaku.   Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lamakah kamu akan mengasihi perkara yang tidak berguna dan mengejar apa yang palsu? (Selah)   Ketahuilah bahawa Yehuwa akan memperlakukan hamba-Nya yang setia dengan cara yang istimewa.*Yehuwa akan mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.   Jika kamu marah, janganlah berdosa.+ Ketika kamu berbaring di atas katilmu, ucapkanlah hal itu dalam hatimu sambil berdiam diri. (Selah)   Apa sahaja yang kamu persembahkan kepada Tuhan,Berikannya dengan hati yang ikhlas dan percayalah kepada Yehuwa.+   Banyak orang berkata, “Siapakah yang akan memberi kita sesuatu yang baik?” Ya Yehuwa, semoga Engkau berkenan kepada kami.+   Engkau telah membuat hatiku lebih bersukacitaDaripada orang yang mendapat banyak hasil bijirin dan wain baharu.   Aku akan berbaring dan tidur dengan tenteram,+Kerana hanya Engkau, ya Yehuwa, yang dapat memberi aku kehidupan yang aman.+

Nota Kaki

Atau “Yehuwa akan mengekhaskan hamba-Nya yang setia bagi diri-Nya.”