Mazmur 52:1-9

  • Yakin akan kasih setia Tuhan

    • Amaran kepada orang yang membanggakan kejahatan (1-5)

    • Orang jahat berharap kepada kekayaan (7)

Untuk pengarah muzik. Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud selepas Doeg, orang Edom itu, pergi kepada Saul dan memberitahunya bahawa Daud sudah datang ke rumah Ahimelekh.+ 52  Hai orang yang gagah, mengapakah kamu membanggakan kejahatanmu?+ Tidakkah kamu sedar bahawa kasih setia Tuhan berlanjutan setiap hari?+   Lidahmu setajam pisau cukur;+Kamu sungguh licik dan suka merancang kejahatan.+   Kamu lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,Dan kamu lebih suka berdusta daripada bercakap benar. (Selah)   Kamu suka mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati orang.Alangkah banyaknya dusta yang keluar daripada mulutmu!   Itulah sebabnya Tuhan pasti akan menjatuhkan kamu;+Dia akan menangkap dan menarik kamu keluar dari khemahmu.+Ya, Dia akan melenyapkan kamu dari negeri orang hidup.+ (Selah)   Orang baik akan menyaksikan semua itu dan berasa kagum;*+Mereka akan mentertawakan kamu dan berkata,+   “Lihatlah, orang ini tidak berlindung kepada Tuhan,+Tetapi dia berharap kepada kekayaannya yang melimpah+Dan bergantung pada* rancangan-rancangannya yang jahat.”   Tetapi aku akan menjadi seperti pokok zaitun yang subur di rumah Tuhan;Aku yakin akan kasih setia Tuhan+ buat selama-lamanya.   Ya Tuhan, aku akan memuji-Mu selama-lamanya atas segala yang Engkau lakukan;+Di hadapan umat-Mu yang setia,Aku akan berharap kepada nama-Mu yang baik.*+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “takut.”
Atau “Dan mencari perlindungan dalam.”
Atau “kepada nama-Mu, kerana hal itu baik.”