Mazmur 50:1-23

  • Tuhan menghakimi orang setia dan orang jahat

    • Mengikat perjanjian dengan Tuhan melalui persembahan korban (5)

    • “Tuhan ialah Hakim” (6)

    • Semua binatang kepunyaan Tuhan (10, 11)

    • Tuhan mendedahkan perbuatan orang jahat (16-21)

Lagu yang digubah oleh Asaf.+ 50  Yehuwa, Tuhan yang lebih agung daripada semua tuhan lain, telah berfirman;+Dia berseru kepada bumi,Dari timur sampai ke barat.   Dari Sion, kota yang paling indah itu,+ Tuhan bersinar terang.   Tuhan kita akan datang; Dia tidak akan berdiam diri.+ Api yang bernyala-nyala mendahului-Nya,+Dan ribut yang kencang mengelilingi-Nya.+   Semasa Dia menghakimi umat-Nya,+Dia memanggil bumi dan syurga menjadi saksi.+ Dia berfirman,   “Kumpulkanlah umat-Ku yang setia;Mereka telah mengikat perjanjian dengan Aku melalui persembahan korban.”+   Langit mengisytiharkan keadilan Tuhan,Kerana Tuhan ialah Hakim.+ (Selah)   Dia berfirman, “Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;Hai orang Israel, Aku akan memberikan kesaksian tentang kesalahan kamu.+ Akulah Tuhan. Ya, Akulah Tuhan kamu.+   Aku menegur kamu bukan kerana korban yang dipersembahkan,Dan bukan kerana korban bakar yang sentiasa diberikan kepada-Ku.+   Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,Ataupun kambing dari kandang kamu,+ 10  Kerana semua binatang liar di hutan ialah kepunyaan-Ku,+Begitu juga binatang-binatang di semua gunung. 11  Aku juga mengenal setiap burung di pergunungan;+Semua binatang di padang yang tidak terkira jumlahnya ialah milik-Ku. 12  Jika Aku lapar, Aku tidak perlu memberitahu kamu,Kerana bumi dan segala hasilnya merupakan kepunyaan-Ku.+ 13  Perlukah Aku makan daging lembu jantanAtau minum darah kambing?+ 14  Kamu sepatutnya mengucapkan syukur sebagai korban kepada-Ku+Dan menunaikan ikrar kamu kepada-Ku, Tuhan Yang Maha Tinggi.+ 15  Kamu seharusnya berseru kepada-Ku pada masa kesusahan;+ Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuliakan Aku.”+ 16  Tetapi Tuhan akan berfirman kepada orang jahat, “Siapakah yang memberi kamu hak untuk menyebut tentang peraturan-Ku,+Atau untuk bercakap tentang perjanjian-Ku?+ 17  Kamu membenci tegur ajar* yang Aku berikan,Dan kamu langsung tidak mempedulikan firman-Ku.+ 18  Apabila kamu melihat pencuri, kamu berpihak kepada mereka;*+Kamu suka bergaul dengan orang yang berzina. 19  Kamu menyebarkan apa yang jahat dengan mulut kamu,Dan kamu selalu mengucapkan dusta dengan lidah kamu.+ 20  Kamu duduk dan bercakap buruk tentang saudara kamu;+Kamu suka mendedahkan kesilapan* saudara kandung kamu. 21  Semasa kamu melakukan semua itu, Aku diam sahaja.Maka kamu berfikir bahawa Aku seperti kamu juga. Tetapi sekarang, Aku akan menegur kamu,Dan Aku akan mendakwa kamu atas kesalahan kamu.+ 22  Fikirkanlah semua itu dengan teliti, hai kamu yang melupakan Aku.+Jika tidak, Aku akan menghancurkan kamu, dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan kamu. 23  Orang yang mengucapkan syukur sebagai korban memuliakan Aku.+Orang yang bertekad untuk mengikut haluan yang benarAkan menyaksikan penyelamatan daripada-Ku.”+

Nota Kaki

Atau “disiplin.”
Atau mungkin, “kamu menyertai mereka.”
Atau “suka memfitnah; memburukkan nama.”