Mazmur 49:1-20

  • Berharap kepada kekayaan ialah suatu kebodohan

    • “Tiada seorang pun yang dapat menebus saudaranya” (7, 8)

    • ‘Tuhan menebus nyawaku dari Kuburan’ (15)

    • Kekayaan tidak dapat menyelamatkan seseorang daripada maut (16, 17)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ 49  Dengarlah, hai semua orang; Berikanlah perhatian, hai semua penduduk dunia,  2  Baik yang berkedudukan tinggi mahupun yang berkedudukan rendah,Baik yang kaya mahupun yang miskin.  3  Kata-kata yang bijak akan keluar daripada mulutku,Dan renungan hatiku+ akan dipenuhi pengertian.  4  Aku akan memikirkan kata-kata hikmat dengan mendalam;Aku akan menerangkan makna teka-teki sambil memetik kecapi.  5  Aku tidak akan berasa takut pada masa kesusahan,+Ketika aku dikelilingi orang jahat yang berkomplot untuk menjatuhkan aku.  6  Walaupun orang berharap kepada kekayaan mereka+Dan membangga-banggakan kemewahan mereka,+  7  Tiada seorang pun yang dapat menebus saudaranyaAtau membayar harga tebusan kepada Tuhan bagi saudaranya,+  8  (Harga tebusan untuk nyawa manusia begitu mahal,Dan tidak mungkin dapat dibayar sampai bila-bila);  9  Agar saudaranya tidak mati* dan dapat hidup selama-lamanya.+ 10  Semua orang tahu bahawa orang bijak pun akan mati;Orang bodoh dan orang yang tidak berakal juga akan mati,+Dan semua harta mereka akan diwariskan kepada orang lain.+ 11  Keinginan hati mereka adalah supaya rumah-rumah mereka kekal abadi,Dan supaya khemah-khemah mereka bertahan dari generasi ke generasi. Tanah milik mereka dinamakan menurut nama mereka sendiri. 12  Namun, walaupun seseorang disanjung tinggi, dia tidak dapat hidup kekal;+Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.+ 13  Demikianlah kesudahan orang yang bodoh+Dan semua orang yang mengikut haluan mereka serta yang suka mendengar mereka bercakap besar. (Selah) 14  Seperti bebiri yang akan disembelih, mereka pasti akan turun ke Kuburan,* Dan maut akan menjadi gembala mereka.Pada waktu pagi, mereka terpaksa tunduk kepada kekuasaan orang yang jujur.+ Akhirnya, mereka akan lenyap* sama sekali;+Kuburan*+ akan menjadi tempat kediaman mereka, dan bukannya istana.+ 15  Tetapi Tuhan akan menebus nyawaku daripada kuasa maut;*+Dia akan menyelamatkan aku dan melindungi aku. (Selah) 16  Janganlah khuatir* apabila seseorang menjadi kaya,Dan apabila harta di dalam rumahnya bertambah banyak, 17  Kerana ketika dia mati, dia tidak dapat membawa apa-apa bersamanya;+Dia tidak dapat membawa kekayaannya ke kubur bersamanya.+ 18  Sepanjang hidupnya, dia bermegah-megah tentang dirinya.+ (Orang ramai memuji seseorang yang hidup makmur.)+ 19  Tetapi akhirnya, dia akan mati seperti nenek moyangnya; Dia tidak akan melihat cahaya lagi. 20  Seseorang mungkin dihormati,+ namun jika dia tidak memahami semua itu,Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.

Nota Kaki

^ Atau “tidak melihat lubang kubur.”
^ Lihat Kamus.
^ Atau “mereput.”
^ Lihat Kamus.
^ Atau “daripada kuasa Kuburan.” Lihat Kamus, “Kuburan.”
^ Atau “takut.”