Mazmur 80:1-19

  • Gembala Israel diminta untuk membawa pemulihan

    • “Ya Tuhan, pulihkanlah kami” (3)

    • Israel ialah pokok anggur Tuhan (8-15)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Sebuah peringatan. Lagu yang digubah oleh Asaf.+ 80  Ya Gembala Israel, dengarlah,Engkau yang memimpin Yusuf seperti sekawanan biri-biri.+ Engkau yang bertakhta di atas* kerub,+Bersinarlah dengan gemilang.*  2  Tunjukkanlah kekuatan-MuDi hadapan Efraim, Benyamin, dan Manasye;+Datanglah dan selamatkanlah kami.+  3  Ya Tuhan, pulihkanlah kami;+Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+  4  Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, sampai bilakah Engkau akan membenci umat-Mu dan enggan mendengar doa mereka?+  5  Engkau memberi mereka air mata sebagai makanan,Dan Engkau memberi mereka air mata yang melimpah-limpah sebagai minuman.  6  Engkau membiarkan jiran kami berebut-rebut untuk mengalahkan kami;Musuh-musuh asyik menghina kami dengan sesuka hati.+  7  Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, pulihkanlah kami;Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+  8  Engkau membawa sebatang pokok anggur+ keluar dari Mesir. Engkau mengusir bangsa-bangsa lain lalu menanam pokok anggur itu.+  9  Engkau menyediakan ruang untuk pokok anggur itu,Dan akarnya bertumbuh lalu memenuhi seluruh negeri itu.+ 10  Bayangnya menutupi gunung-ganang,Dan dahannya meliputi pokok-pokok sedar Tuhan. 11  Dahan-dahannya menjalar sampai ke laut,Dan pucuk-pucuknya sampai ke sungai besar.*+ 12  Mengapakah Engkau merobohkan tembok batu di sekeliling kebun anggur itu+Sehingga orang yang lalu-lalang dapat memetik buahnya?+ 13  Babi-babi hutan merosakkannya,Dan binatang-binatang liar di padang memakannya.+ 14  Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, tolonglah kembali. Pandanglah dari syurga dan lihatlah ke bawah! Jagalah pokok anggur itu,+ 15  Tunas pokok* yang telah Engkau tanam dengan tangan kanan-Mu,+Dan lihatlah anak lelaki* yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+ 16  Pokok anggur itu dibakar dengan api+ dan ditebang. Umat itu binasa kerana teguran-Mu. 17  Semoga Engkau menyokong orang yang berada di tangan kanan-Mu,Iaitu anak manusia yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+ 18  Maka kami tidak akan berpaling daripada-Mu. Peliharalah nyawa kami supaya kami dapat menyeru nama-Mu. 19  Ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, pulihkanlah kami;Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+

Nota Kaki

Atau mungkin, “di antara.”
Atau “Tunjukkanlah sinar kegemilangan-Mu.”
Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”
Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”
Iaitu, Sungai Efrat.
Atau “Baka pokok.”
Atau “dahan.”
Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”