Mazmur 64:1-10

  • Perlindungan daripada serangan hendap

    • “Tuhan akan memanah mereka” (7)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. 64  Ya Tuhan, dengarlah seruanku kerana aku berasa sungguh gelisah.+ Peliharalah nyawaku daripada serangan musuh yang mengerikan.   Lindungilah aku daripada komplot orang yang jahat,+Dan daripada kumpulan orang yang keji.   Lidah mereka tajam seperti pedang;Kata-kata mereka yang kejam bagaikan anak panah   Yang dihalakan ke arah orang yang tidak bersalah.Secara tiba-tiba dan tanpa rasa takut, mereka memanah orang dari tempat persembunyian.   Mereka asyik mengucapkan kata-kata yang jahat;*Mereka berbincang tentang cara untuk memasang perangkap. Mereka berkata, “Tiada sesiapa yang akan nampak.”+   Mereka memikirkan cara baharu untuk berbuat jahat;Secara diam-diam, mereka merancang pelbagai muslihat yang licik;+Sesungguhnya, fikiran dan hati mereka masing-masing sukar diselami.   Tetapi Tuhan akan memanah mereka secara mengejut,+Dan mereka akan dicederakan oleh anak panah-Nya.   Kata-kata mereka sendiri akan mengakibatkan kejatuhan mereka;+Semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.   Kemudian semua orang akan menjadi takut;Mereka akan mengisytiharkan perbuatan Tuhan,Dan mereka akan memahami segala tindakan-Nya.+ 10  Orang yang baik akan berlindung kepada Yehuwa dan bersukacita kerana Dia;+Semua orang yang tulus hati akan berasa bangga kerana Tuhan.

Nota Kaki

Atau “Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan kejahatan.”