Mazmur 70:1-5

  • “Cepatlah datang untuk membantu aku!”

    • “Cepatlah datang untuk menyelamatkan aku” (5)

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan. 70  Ya Tuhan, tolonglah selamatkan aku!Ya Yehuwa, cepatlah datang untuk membantu aku!+   Biarlah semua orang yang ingin meragut nyawakuDimalukan dan dihina. Biarlah orang yang suka melihat aku ditimpa malapetakaBerundur dan mendapat aib.   Biarlah orang yang mencela aku Berundur kerana berasa malu.   Tetapi biarlah orang yang mencari-MuBergembira dan bersukacita kerana-Mu.+ Biarlah orang yang mengharapkan penyelamatan daripada-Mu selalu berkata, “Semoga Tuhan diagungkan!”   Ya Tuhan, cepatlah datang untuk menyelamatkan aku,+Kerana aku lemah dan ditindas.+ Engkaulah penolongku dan penyelamatku.+Ya Yehuwa, cepatlah datang!+

Nota Kaki