Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 SOALAN 14

Bagaimanakah Anda Dapat Menguruskan Kewangan Anda?

“Orang yang mencintai kesenangan akan jatuh miskin; orang yang suka akan minyak dan wain tidak akan menjadi kaya.”

Amsal 21:17

“Orang yang meminjam menjadi hamba kepada orang yang memberikan pinjaman.”

Amsal 22:7

“Siapakah antara kamu yang ingin membina sebuah menara, tetapi tidak duduk dan mengira perbelanjaannya terlebih dahulu untuk melihat sama ada wangnya cukup untuk menyiapkan pembinaan itu atau tidak? Jika dia sudah meletakkan asasnya tetapi tidak dapat menyiapkan kerja pembinaannya, semua orang yang melihat hal ini akan mentertawakannya dan berkata, ‘Orang ini mula membina tetapi tidak dapat menyiapkan pembinaannya.’”

Lukas 14:28-30

“Apabila orang ramai sudah kenyang, dia berkata kepada murid-muridnya, ‘Kumpulkanlah baki roti supaya tiada apa-apa yang dibazirkan.’”

Yohanes 6:12