Mazmur 55:1-23

  • Doa seseorang yang dikhianati sahabat

    • Dicemuh oleh sahabat karib (12-14)

    • “Serahkanlah bebanmu kepada Yehuwa” (22)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud. 55  Ya Tuhan, dengarlah doaku,+Dan janganlah ketepikan rayuanku meminta belas kasihan.*+  2  Berikanlah perhatian kepadaku dan jawablah doaku.+ Kerisauanku membuat aku resah,+Dan hatiku tidak tenteram,  3  Kerana kata-kata musuhku,Dan kerana penindasan orang jahat. Mereka menyusahkan aku;Mereka marah kepadaku dan memusuhi aku.+  4  Hatiku amat terseksa,+Dan kengerian maut menimpa aku.+  5  Aku dilanda rasa gerun dan gentar,Dan aku terketar-ketar kerana ketakutan.  6  Aku asyik berkata, “Alangkah baiknya jika aku bersayap seperti merpati! Aku akan terbang dan berlindung di tempat yang selamat.  7  Aku akan terbang ke tempat yang jauh.+ Aku akan tinggal di padang belantara.+ (Selah)  8  Aku akan bergegas mencari tempat naunganYang jauh daripada ribut kencang dan angin badai.”  9  Ya Yehuwa, kelirukanlah musuh-musuhku dan gagalkanlah rancangan mereka,+Kerana aku telah melihat keganasan dan kerusuhan di kota. 10  Keganasan dan kerusuhan mengelilingi tembok kota siang dan malam;Kejahatan dan kekacauan terdapat di seluruh kota itu.+ 11  Bencana berlaku di tengah-tengahnya;Penindasan dan penipuan tidak pernah meninggalkan dataran kota.+ 12  Bukan musuh yang mencemuh aku;+Jika musuh mencemuh aku, aku masih dapat menanggungnya. Bukan lawan yang menentang aku;Jika lawan menentang aku, aku masih dapat bersembunyi daripadanya. 13  Tetapi kamulah yang berbuat demikian,+Meskipun kamu sahabat karibku dan lelaki yang dihormati seperti aku.+ 14  Dahulunya kita menikmati persahabatan yang akrab;Kita berjalan ke rumah Tuhan bersama orang ramai. 15  Biarlah kemusnahan menimpa musuh-musuhku.+ Biarlah mereka turun hidup-hidup ke Kuburan,*Kerana kejahatan memenuhi rumah mereka dan menguasai diri mereka. 16  Tetapi aku akan berseru kepada Yehuwa,Dan Dia akan menyelamatkan aku.+ 17  Pada waktu petang, pagi, dan tengah hari, aku resah dan asyik mengeluh,+Dan Dia mendengar suaraku.+ 18  Dia akan menyelamatkan aku daripada orang yang melawan akuDan memberi aku kedamaian kerana banyak orang menyerang aku.+ 19  Tuhan yang bertakhta sejak dahulukala+Akan mendengarkan aku dan menentang mereka.+ (Selah) Mereka semua enggan berubah,Dan mereka tidak takut akan Tuhan.+ 20  Orang itu* menyerang orang yang berdamai dengannya,+Dan dia melanggar perjanjiannya.+ 21  Kata-katanya lebih lembut daripada mentega,+Tetapi hatinya dipenuhi pertelingkahan. Percakapannya lebih licin daripada minyak,Tetapi sebenarnya tajam seperti pedang.+ 22  Serahkanlah* bebanmu kepada Yehuwa,+Dan Dia akan memeliharamu.+ Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik* jatuh.*+ 23  Tetapi ya Tuhan, Engkau akan menyebabkan orang jahat turun ke dalam lubang yang terdalam.+ Orang yang berhutang darah dan yang licik tidak akan mencapai separuh daripada jangka hayat mereka.+ Namun aku akan percaya kepada-Mu.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “janganlah sembunyikan diri-Mu semasa aku berdoa meminta tolong.”
Lihat Kamus.
Iaitu, bekas sahabat yang disebut di ayat 13 dan 14.
Atau “Lemparkanlah.”
Atau “orang yang berbuat benar.”
Atau “goyah.”