Mazmur 120:1-7

  • Orang asing yang mendambakan kedamaian

    • ‘Selamatkanlah aku daripada orang yang berdusta’ (2)

    • “Aku menginginkan kedamaian” (7)

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.* 120  Aku berseru kepada Yehuwa ketika menghadapi kesusahan,+Dan Dia menjawab seruanku.+   Ya Yehuwa, selamatkanlah aku daripada orang yang bibirnya berdustaDan daripada orang yang lidahnya menipu.   Hai orang yang suka berdusta,Apakah yang akan dilakukan Tuhan terhadap kamu? Bagaimanakah Dia akan menghukum kamu?+   Dia akan menghukum kamu dengan anak panah tajam+ seorang askar,Dan dengan kayu arang yang membara.+   Malanglah aku kerana tinggal sebagai orang asing di Mesekh,+ Dan kerana berkhemah dalam kalangan orang Kedar!+   Sudah terlalu lama aku tinggalBersama orang yang membenci kedamaian.+   Aku menginginkan kedamaian, tetapi sebaik sahaja aku menyebut tentangnya,Mereka hendak berperang pula.

Nota Kaki

Lihat Kamus.