Mazmur 136:1-26

  • Kasih setia Yehuwa kekal abadi

    • Langit dan bumi menunjukkan kebijaksanaan Tuhan (5, 6)

    • Firaun lemas di dalam Laut Merah (15)

    • Tuhan tidak melupakan orang yang murung (23)

    • Makanan diberikan kepada semua makhluk hidup (25)

136  Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+Kasih setia-Nya kekal abadi.+  2  Bersyukurlah kepada Tuhan atas segala tuhan,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  3  Bersyukurlah kepada Tuan atas segala tuan,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  4  Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.+  5  Dia menjadikan langit dengan kebijaksanaan-Nya,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  6  Dia membentangkan bumi di atas air,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  7  Dia menciptakan cahaya yang terang di langit,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  8  Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.  9  Dia menciptakan bulan dan bintang untuk memerintah malam,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 10  Dia membunuh anak sulung di Mesir,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 11  Dia membawa orang Israel keluar dari Mesir,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 12  Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 13  Dia membelah Laut Merah,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 14  Dia memimpin umat Israel melalui laut itu,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 15  Dia menenggelamkan Firaun dan tenteranya di dalam Laut Merah,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 16  Dia memimpin umat-Nya melalui padang belantara,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 17  Dia mengalahkan raja-raja yang berkuasa,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 18  Dia membunuh raja-raja yang perkasa,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi; 19  Dia membunuh Sihon,+ raja orang Amori,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 20  Dia membunuh Og,+ raja Basan,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 21  Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya sebagai warisan,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 22  Dia memberikan tanah mereka sebagai warisan kepada hamba-Nya Israel,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 23  Dia tidak melupakan kita semasa kita dihina,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.+ 24  Dia sentiasa menyelamatkan kita daripada musuh,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 25  Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup,+Kerana kasih setia-Nya kekal abadi. 26  Bersyukurlah kepada Tuhan yang berkuasa atas syurga,Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

Nota Kaki