Mazmur 39:1-13

  • Hidup manusia singkat

    • Kehidupan manusia seperti hembusan nafas (5,11)

    • “Janganlah berpaling daripadaku semasa aku menangis” (12)

Untuk pengarah muzik; Yedutun.*+ Lagu yang digubah oleh Daud. 39  Aku berkata, “Aku akan melangkah dengan berhati-hati,Agar aku tidak berdosa dengan lidahku.+ Aku akan berjaga-jaga dan menutup mulutku+Selama orang jahat berada di sisiku.”  2  Aku membisu sahaja dan tidak mengatakan apa-apa,+Bahkan tentang perkara yang baik.Aku mencuba menahan kesakitan yang aku alami.  3  Tetapi api dalam hatiku kian membara. Semakin aku memikirkannya,* semakin besar nyala api itu, Sehingga aku berkata,  4  “Ya Yehuwa, bantulah aku memahami kesudahanku;Beritahulah aku jumlah hari kehidupanku,+Agar aku menyedari betapa singkatnya hidupku.*  5  Sesungguhnya, kehidupan yang Engkau berikan kepadaku singkat sahaja;+Berbanding dengan-Mu, jangka hayatku begitu pendek.+ Walaupun manusia nampaknya kuat, kehidupan mereka hanyalah seperti sehembus nafas.+ (Selah)  6  Hidup manusia berlalu seperti bayang-bayang; Segala yang diusahakan mereka sia-sia sahaja; Mereka sibuk menimbunkan kekayaan, tetapi tidak tahu siapa yang akan mewarisinya.+  7  Maka, apakah yang boleh aku harapkan, ya Yehuwa? Engkau satu-satunya harapanku.  8  Selamatkanlah aku daripada semua dosaku.+ Janganlah biarkan aku menjadi bahan hinaan orang bodoh.  9  Aku tetap berdiam diri,Dan aku tidak dapat membuka mulutku,+Kerana semua ini merupakan perbuatan-Mu.+ 10  Janganlah hukum aku lagi; Aku menjadi tidak berdaya kerana Engkau telah meremukkan aku. 11  Engkau menghukum dan membetulkan manusia kerana kesalahan mereka;+Seperti gegat, Engkau menghancurkan segala milik mereka yang berharga. Sememangnya, kehidupan manusia hanyalah seperti sehembus nafas.+ (Selah) 12  Ya Yehuwa, dengarkanlah doaku;Dengarkanlah seruanku meminta tolong.+ Janganlah berpaling daripadaku semasa aku menangis. Aku hanyalah orang asing di mata-Mu;+Aku hanyalah penduduk sementara seperti nenek moyangku.+ 13  Janganlah murka lagi, dan palingkanlah pandangan-Mu daripadaku;Biarlah aku bergembira semula sebelum aku meninggal.”

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “mengeluh.”
Atau “menyedari bahawa hidupku ini berlalu dengan cepat.”