Mazmur 62:1-12
Untuk pengarah muzik; Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Daud.
62 Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar;
Dialah sumber penyelamatanku.+
2 Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;*+Maka aku tidak sekali-kali goyah.+
3 Sampai bilakah kamu akan mencuba membunuh orang yang kamu benci?+
Kamu semua sangat berbahaya seperti* dinding yang miring dan tembok yang hampir roboh.
4 Kamu berkomplot untuk menjatuhkannya dari tempat kehormatannya;Kamu semua suka berdusta.
Kamu memberkati dengan mulut kamu, tetapi kamu mengutuk dalam hati.+ (Selah)
5 Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar;+Dialah sumber harapanku.+
6 Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;Maka aku tidak akan goyah.+
7 Penyelamatanku dan kemuliaanku datang daripada Tuhan;
Dialah gunung batuku dan tempat perlindunganku.+
8 Hai semua bangsa, percayalah kepada Tuhan senantiasa.
Curahkanlah isi hatimu kepada-Nya.+
Dialah tempat naungan kita.+ (Selah)
9 Manusia hanyalah seperti hembusan nafas,Dan mereka tidak dapat diharapkan.+
Jika mereka semua ditimbang, mereka ternyata lebih ringan daripada sehembus nafas.+
10 Jangan bergantung pada hasil pemerasan,Dan jangan harapkan keuntungan daripada rompakan.
Meskipun kekayaan kamu bertambah, jangan biarkan hatimu tertumpu kepadanya.+
11 Aku telah mendengar Tuhan berfirman sebanyak dua kali;
Dia berfirman bahawa segala kuasa berasal daripada-Nya.+
12 Ya Yehuwa, Engkau menunjukkan kasih setia+Dan memberikan ganjaran kepada setiap orang menurut perbuatannya.+
Nota Kaki
^ Atau “tempat naunganku yang tinggi.”
^ Atau mungkin, “Kamu semua menyerang orang yang bagaikan.”