Mazmur 82:1-8

  • Seruan untuk menghakimi orang dengan adil

    • Tuhan melaksanakan penghakiman dalam kalangan “tuhan-tuhan” (1)

    • “Pertahankanlah orang yang lemah” (3)

    • “Kamu ialah tuhan” (6)

Lagu yang digubah oleh Asaf.+ 82  Tuhan mengambil tempat-Nya dalam perhimpunan suci;*+Dia melaksanakan penghakiman dalam kalangan tuhan-tuhan:*+  2  “Sampai bilakah kamu akan menghakimi orang dengan tidak adil,+Dan menyebelahi orang yang jahat?+ (Selah)  3  Pertahankanlah* orang yang lemah dan anak yatim.+ Tegakkanlah keadilan bagi orang yang tidak berdaya dan miskin.+  4  Selamatkanlah orang yang lemah dan miskin;Bebaskanlah mereka daripada tangan orang yang jahat.”  5  Mereka* tidak tahu dan tidak faham;+Mereka berjalan dalam kegelapan;Semua asas bumi bergegar.+  6  “Aku telah berfirman, ‘Kamu ialah tuhan,*+Kamu semua ialah anak-anak Tuhan Yang Maha Tinggi.  7  Tetapi kamu akan mati seperti manusia lain;+Kamu akan jatuh seperti pemimpin yang lain!’”+  8  Ya Tuhan, bangkitlah dan hakimilah bumi,+Kerana semua bangsa ialah milik-Mu.

Nota Kaki

Atau “perhimpunan Yang Maha Suci.”
Atau “dalam kalangan manusia yang seperti tuhan.”
Atau “Hakimilah.”
Merujuk kepada “tuhan-tuhan” di ayat 1.
Atau “ialah manusia yang seperti tuhan.”