Mazmur 68:1-35

  • ‘Biarlah Tuhan mencerai-beraikan musuh-Nya’

    • “Bapa kepada anak yatim” (5)

    • “Tuhan menyediakan tempat tinggal untuk orang yang bersendirian” (6)

    • Wanita-wanita mengisytiharkan berita baik (11)

    • Kurnia berupa manusia (18)

    • ‘Yehuwa menanggung beban kita setiap hari’ (19)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur. 68  Biarlah Tuhan bangkit dan mencerai-beraikan musuh-Nya;Biarlah orang yang membenci-Nya melarikan diri dari hadapan-Nya.+  2  Biarlah mereka diusir seperti asap yang ditiup angin;Biarlah orang jahat binasa di hadapan TuhanSeperti lilin yang dicairkan api.+  3  Tetapi biarlah orang baik bersukacita;+Biarlah mereka bergembira di hadapan Tuhan;Biarlah mereka bersorak-sorak dengan riang.  4  Bernyanyilah kepada Tuhan; bernyanyilah untuk memuji nama-Nya.+ Bernyanyilah kepada Dia yang melintasi padang gurun!* Nama-Nya Yah!*+ Bersukacitalah di hadapan-Nya!  5  Tuhan tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci;+Dia ialah bapa kepada anak yatim dan pembela* bagi para balu.+  6  Tuhan menyediakan tempat tinggal untuk orang yang bersendirian;+Dia membebaskan orang tawanan dan memberi mereka kemakmuran.+ Tetapi orang yang degil* pasti akan tinggal di negeri yang tandus.+  7  Ya Tuhan, ketika Engkau memimpin umat-Mu,+Ketika Engkau menyeberangi gurun, (Selah)  8  Bumi bergoncang,+Dan langit mencurahkan hujan kerana kehadiran-Mu.Gunung Sinai bergegar kerana-Mu, ya Tuhan orang Israel.+  9  Ya Tuhan, Engkau menurunkan hujan yang lebat,Dan Engkau menyegarkan umat-Mu yang letih lesu. 10  Ya Tuhan, umat-Mu tinggal di dalam khemah-khemah-Mu.+Engkau menjaga keperluan orang yang miskin kerana kebaikan-Mu. 11  Yehuwa memberikan perintah kepada umat-Nya;Wanita-wanita yang mengisytiharkan berita baik bagaikan angkatan tentera yang besar.+ 12  Raja-raja dan tentera musuh sudah melarikan diri!+ Harta mereka dirampas dan dibahagikan kepada wanita yang berada di rumah.+ 13  Meskipun kaum lelaki berbaring dekat unggun api,*Mereka akan membawa pulang patung* burung merpatiYang sayapnya disaluti perak dan emas tulen. 14  Apabila Tuhan Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja,+Salji mula turun di Zalmon. 15  Betapa besarnya Gunung Basan,+Gunung yang mempunyai banyak puncak! 16  Hai gunung yang mempunyai banyak puncak,Mengapakah engkau memandang dengan cemburu terhadap gunung yang dipilih Tuhan* sebagai kediaman-Nya?+ Sesungguhnya, Yehuwa akan tinggal di situ buat selama-lamanya.+ 17  Kereta kuda yang dimiliki Tuhan tidak terhitung banyaknya!*+ Yehuwa datang dari Gunung Sinai ke tempat yang suci.+ 18  Ya Tuhan Yah, ketika Engkau naik ke tempat yang tinggi,+Engkau membawa para tawanan dan menjadikan mereka kurnia berupa manusia;+Engkau bahkan membawa orang yang degil bersama-Mu,+Lalu Engkau tinggal dalam kalangan mereka semua. 19  Pujilah Yehuwa, Tuhan yang benar; Dialah Penyelamat kita.Dia menanggung beban kita setiap hari.+ (Selah) 20  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, membebaskan kita daripada kematian.+Ya, Dialah Tuhan yang menyelamatkan kita!+ 21  Tuhan akan meremukkan kepala musuh-musuh-Nya;Dia akan menghancurkan kepala mereka yang terus melakukan dosa.+ 22  Yehuwa telah berfirman, “Aku akan membawa mereka pulang dari Basan;+Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam, 23  Supaya kaki kamu dibasahi dengan darah musuh,Dan supaya anjing kamu menjilat darah mereka.”+ 24  Semua orang melihat perarakan kemenangan Tuhan,Iaitu perarakan Tuhanku dan Rajaku, yang masuk ke tempat suci.+ 25  Para penyanyi berjalan di hadapan, manakala pemain muzik* berjalan di belakang,+Dan di antara mereka terdapat gadis-gadis yang memainkan tamborin.+ 26  Pujilah Tuhan dalam perhimpunan orang ramai;Hai semua keturunan Israel yang berasal daripada Yehuwa, pujilah Dia!*+ 27  Benyamin,+ suku yang terkecil, menakluki bangsa-bangsa,Begitu juga dengan para pemimpin Zebulon dan Naftali,Serta para pemimpin Yehuda yang diikuti orang ramai yang bersorak-sorai. 28  Ya Tuhan, Engkau telah memerintahkan supaya kami diberi kekuatan. Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Tuhan, seperti yang telah Engkau lakukan untuk kami.+ 29  Raja-raja akan membawa persembahan kepada-Mu;+Mereka akan membawa hadiah ke Rumah-Mu di Yerusalem.+ 30  Tegurlah bangsa yang bagaikan binatang liar di kawasan rumput tinggi;Tegurlah mereka yang bagaikan kawanan lembu jantan+ dan anak lembu,Sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.* Cerai-beraikanlah orang yang suka berperang. 31  Barangan yang diperbuat daripada gangsa akan dibawa* keluar dari Mesir;+Orang Kus akan bergegas membawa persembahan kepada-Mu. 32  Hai kerajaan-kerajaan di bumi, bernyanyilah kepada Tuhan,+Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa! (Selah) 33  Bernyanyilah kepada Dia yang mengenderai langit purba yang tertinggi.+ Dengarlah suara-Nya yang guruh-gemuruh! 34  Isytiharkanlah kekuatan Tuhan,+ Yang lebih tinggi daripada langit.*Pemerintahan-Nya atas bangsa Israel sungguh mulia. 35  Hendaklah semua orang takut dan hormat kepada Tuhan yang berada di tempat suci-Nya.+ Dia ialah Tuhan orang Israel,Yang memberikan kuasa dan kekuatan kepada umat-Nya.+ Pujilah Tuhan!

Nota Kaki

Atau mungkin, “Dia yang mengenderai awan!”
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Harfiah, “hakim.”
Atau “yang suka memberontak.”
Atau mungkin, “dekat kandang biri-biri.”
Atau “Mereka akan menjadi seperti.”
Iaitu, Gunung Sion.
Atau “Tuhan memiliki kereta kuda yang berpuluh-puluh ribu bilangannya.”
Atau “pemain alat muzik bertali.”
Atau “Pujilah Yehuwa, hai kamu yang berasal daripada Sumber Israel.”
Atau mungkin, “mereka semua memijak-mijak perak.”
Atau mungkin, “Duta-duta akan.”
Harfiah, “awan.”