Mazmur 33:1-22

  • Pujilah Pencipta

    • “Nyanyikanlah lagu yang baharu kepada-Nya” (3)

    • Yehuwa mencipta dengan firman dan kuasa-Nya (6)

    • Bangsa yang dipilih Yehuwa berbahagia (12)

    • Yehuwa memerhatikan orang (18)

33  Hai orang yang melakukan apa yang benar, bersoraklah dengan gembira kerana perbuatan Yehuwa.+ Sesungguhnya orang yang tulus hati patut memuji-Nya.  2  Bersyukurlah kepada Yehuwa dengan memainkan kecapi;Nyanyikanlah pujian kepada-Nya dengan diiringi alat muzik bertali.*  3  Nyanyikanlah lagu yang baharu kepada-Nya;+Mainkanlah alat-alat muzik dengan mahir, dan bersoraklah dengan penuh sukacita.  4  Firman Yehuwa itu benar,+Dan segala perbuatan-Nya dapat dipercayai.  5  Yehuwa mencintai keadilan dan kejujuran.+ Bumi penuh dengan kasih setia-Nya.+  6  Dengan firman Yehuwa, langit diciptakan;+Dengan hembusan nafas-Nya,* segala sesuatu di langit dijadikan.  7  Dia mengumpulkan air laut seperti air di empangan;+Dia menyimpan air yang bergelora di dalam gudang-gudang.  8  Hendaklah seluruh bumi takut akan Yehuwa.+ Hendaklah penduduk di seluruh dunia menghormati-Nya.  9  Segala sesuatu diciptakan menurut firman Tuhan;+Segala sesuatu wujud menurut perintah-Nya.+ 10  Yehuwa telah menggagalkan rancangan bangsa-bangsa;+Dia telah membatalkan niat mereka.+ 11  Tetapi tujuan* Yehuwa akan kekal selama-lamanya;+Niat hati-Nya tidak akan berubah dari satu generasi ke generasi yang lain. 12  Berbahagialah bangsa yang mengakui Yehuwa sebagai Tuhan mereka!+Berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!+ 13  Yehuwa memandang ke bawah dari syurga;Dia melihat seluruh umat manusia.+ 14  Dari tempat kediaman-Nya,Dia memerhatikan semua penduduk di bumi. 15  Dialah yang membentuk hati mereka semua,Dan Dialah yang memeriksa segala perbuatan mereka.+ 16  Raja selamat bukan kerana pasukan tenteranya besar;+Orang yang perkasa selamat bukan kerana kekuatannya hebat.+ 17  Kuda tidak dapat diharap untuk membawa kemenangan;+Kekuatan kuda tidak dapat menjamin penyelamatan. 18  Lihatlah! Yehuwa selalu memerhatikan orang yang takut kepada-Nya;+Dia memerhatikan orang yang mengharapkan kasih setia-Nya, 19  Kerana Dia ingin menyelamatkan mereka daripada kematian,Dan Dia ingin memelihara nyawa mereka semasa kebuluran.+ 20  Kita berharap kepada* Yehuwa; Dialah penolong dan pelindung* kita.+ 21  Hati kita bersukacita kerana Dia;Kita percaya kepada nama-Nya yang suci.+ 22  Ya Yehuwa, semoga kasih setia-Mu sentiasa dicurahkan ke atas kami,+Kerana kami sentiasa berharap kepada-Mu.*+

Nota Kaki

Atau “alat muzik bertali 10.”
Atau “kuasa-Nya.”
Atau “keputusan.”
Atau “menanti-nantikan.”
Atau “perisai.”
Atau “sentiasa menantikan-Mu.”