Mazmur 143:1-12
Lagu yang digubah oleh Daud.
143 Ya Yehuwa, dengarlah doaku;+Dengarlah seruanku untuk meminta tolong.
Engkau baik dan setia, maka jawablah doaku.
2 Janganlah membawa hamba-Mu ke muka pengadilan,Kerana tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.+
3 Musuh telah memburu akuDan menewaskan aku.*
Musuh menyebabkan aku hidup dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.
4 Aku patah semangat;+Aku tidak bermaya.+
5 Aku terkenang akan masa lalu;Aku merenungkan segala yang telah Engkau lakukan;+Aku memikirkan* perbuatan-Mu dengan bersungguh-sungguh.
6 Aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Mu;Aku amat memerlukan Engkau sepertimana tanah kering memerlukan hujan.+ (Selah)
7 Ya Yehuwa, jawablah doaku dengan segera,+Kerana kekuatanku sudah hampir lenyap.+
Janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku,+Supaya aku tidak menjadi seperti orang yang akan turun ke dalam kubur.+
8 Setiap pagi, biarlah aku mendengar tentang kasih setia-Mu,Kerana aku percaya kepada-Mu.
Tunjukkanlah jalan yang harus aku tempuh,+Kerana aku berharap kepada-Mu dengan sepenuh jiwaku.
9 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+
Selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku.
10 Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,+Kerana Engkaulah Tuhanku.
Engkau sungguh baik;Pimpinlah aku dengan kuasa suci-Mu agar aku tetap mengikut haluan yang benar.*
11 Demi nama-Mu, ya Yehuwa, peliharalah nyawaku.
Selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.+
12 Hapuskanlah musuh-musuhku kerana Engkau pengasih dan setia;+Binasakanlah semua orang yang menindas aku,+Kerana aku ini hamba-Mu.+
Nota Kaki
^ Atau “Dan memijak nyawaku di atas tanah.”
^ Atau “mengkaji.”
^ Atau “Pimpinlah aku di jalan yang rata.”