Mazmur 43:1-5

  • Tuhan ialah Hakim dan Penyelamat

    • “Berikanlah cahaya dan kebenaran-Mu” (3)

    • “Mengapakah jiwaku berasa pilu?” (5)

    • “Berharaplah kepada Tuhan!” (5)

43  Hakimilah aku, ya Tuhan.+Belalah perkaraku+ terhadap bangsa yang tidak setia. Selamatkanlah aku daripada penjahat dan penipu.   Engkaulah Tuhanku dan Engkaulah kubuku.+ Mengapakah Engkau menolak aku? Mengapakah aku harus terus bersedih akibat penindasan musuhku?+   Berikanlah cahaya dan kebenaran-Mu+ Untuk membimbing dan memimpin aku+Ke gunung suci-Mu dan ke khemah suci-Mu yang mulia.+   Ya Tuhan, aku akan pergi ke mazbah-Mu untuk menghadap-Mu;+Engkaulah sumber kegembiraanku yang berlimpah-limpah. Ya Tuhanku, aku akan memuji-Mu dengan memainkan kecapi.+   Mengapakah jiwaku berasa pilu? Mengapakah batinku berkecamuk? Ya Tuhanku dan Penyelamat Agungku, aku akan terus memuji-Mu.+Berharaplah kepada Tuhan!+

Nota Kaki