Mazmur 2:1-12
2 Mengapakah bangsa-bangsa menjadi tidak tenteram?Mengapakah mereka merancang perkara yang sia-sia?+
2 Raja-raja di bumi bangkit untuk memberontak,Dan pegawai-pegawai tinggi bersepakat+Untuk menentang Yehuwa dan orang yang diurapi-Nya.*+
3 Mereka berkata, “Marilah kita memutuskan rantai dan taliYang digunakan untuk mengikat kita!”
4 Dia yang bertakhta di syurga akan mentertawakan mereka.Sesungguhnya, Yehuwa akan mencemuh mereka.
5 Pada masa itu, Dia akan berfirman kepada mereka dalam kemurkaan-Nya,Dan menakutkan mereka dengan kemarahan-Nya yang membara.
6 Dia akan berfirman, “Aku telah menabalkan raja pilihan-Ku+Di Sion,+ gunung suci-Ku.”
7 Aku akan mengisytiharkan apa yang dinyatakan oleh Yehuwa.Dia telah berfirman kepadaku, “Engkaulah anak-Ku;+Pada hari ini, Aku menjadi bapamu.+
8 Mohonlah kepada-Ku, maka Aku akan memberikan bangsa-bangsa sebagai warisanmu,Dan seluruh bumi sebagai milikmu.+
9 Engkau akan meremukkan mereka dengan tongkat besi,+Dan engkau akan menghancurkan mereka seperti menghancurkan tembikar.”+
10 Hai raja-raja, tunjukkanlah pengertian;Hai hakim-hakim di bumi, terimalah teguran* yang diberikan.
11 Sembahlah Yehuwa dengan penuh rasa takut;Bersukacitalah dan tunjukkanlah hormat kepada-Nya.
12 Muliakanlah anak-Nya+ supaya Dia tidak menjadi murkaDan supaya kamu tidak lenyap daripada haluan yang benar,+Kerana Dia akan melampiaskan kemurkaan-Nya secara tiba-tiba.
Tetapi berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!