KITAB SUCI TERJEMAHAN DUNIA BAHARU

Pengenalan kepada Firman Tuhan

Melayu
Pengenalan kepada Firman Tuhan
https://cms-imgp.jw-cdn.org/img/p/1001061100/univ/wpub/1001061100_univ_sqr_xl.jpg
nwt ms. 5

Pengenalan kepada Firman Tuhan

Bible mengandungi perkhabaran atau firman daripada Tuhan untuk kita dewasa ini. Bible mengajar kita cara untuk berjaya dalam kehidupan dan cara untuk mendapatkan perkenan Tuhan. Bible juga menjawab soalan-soalan yang berikut:

CARA UNTUK MENCARI AYAT-AYAT BIBLE

Bible terdiri daripada 66 buah buku kecil dan dibahagikan kepada dua bahagian: Kitab Ibrani-Aram (“Perjanjian Lama”) dan Kitab Yunani (“Perjanjian Baharu”). Setiap buku dalam Bible dibahagikan kepada bab dan ayat. Nombor yang ditulis sebelum tanda noktah bertindih merujuk kepada bab, manakala nombor yang ditulis selepas tanda noktah bertindih merujuk kepada ayat. Misalnya, Kejadian 1:1 bermaksud Kejadian bab 1, ayat 1.