Mazmur 108:1-13

  • Doa agar musuh dikalahkan

    • Penyelamatan daripada manusia tidak berguna (12)

    • Tuhan akan memberi kita kekuatan (13)

Sebuah mazmur. Lagu yang digubah oleh Daud. 108  Ya Tuhan, hatiku tetap teguh. Dengan sedaya upaya, aku akan menyanyikan lagu dengan iringan muzik untuk-Mu.+   Bangunlah, hai alat muzik bertali dan kecapi.+ Aku akan membangunkan fajar.   Ya Yehuwa, aku akan memuji Engkau di hadapan semua orangDan menyanyikan pujian kepada-Mu* di hadapan bangsa-bangsa.   Kasih setia-Mu yang besar setinggi langit,+Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan.   Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi.+   Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu;Jawablah seruanku supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.+   Tuhan berfirman demi kesucian-Nya,* “Aku akan bersukacita dan memberikan tanah Sikhem+ kepada umat-Ku.Aku akan menyukat Lembah* Sukot untuk dibahagikan kepada umat-Ku.+   Gilead+ dan Manasye ialah kepunyaan-Ku,Efraim ialah topi besi bagi kepala-Ku,+Dan Yehuda ialah tongkat pemerintahan-Ku.+   Tetapi Aku akan menjadikan Moab tempat pembasuhan-Ku.+ Aku akan melemparkan kasut-Ku kepada Edom.+ Aku akan bersorak kerana mengalahkan orang Filistin.”+ 10  Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu itu? Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+ 11  Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+ 12  Selamatkanlah kami daripada kesusahan,+Kerana penyelamatan daripada manusia tidak berguna.+ 13  Ya Tuhan, Engkau akan memberi kami kekuatan,+Dan Engkau akan menginjak-injak musuh kami.+

Nota Kaki

Atau “bermain muzik untuk-Mu.”
Atau mungkin, “berfirman dari tempat kediaman-Nya yang suci.”
Atau “Dataran Rendah.”