Mazmur 59:1-17

  • Tuhan, perisai dan tempat perlindungan kita

    • “Janganlah kasihani para pengkhianat” (5)

    • “Aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu” (16)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa Saul mengirim utusan untuk mengawasi rumahnya dan membunuhnya.+ 59  Ya Tuhanku, selamatkanlah aku daripada musuhku+Dan lindungilah aku daripada orang yang bangkit untuk menentang aku.+   Selamatkanlah aku daripada orang yang melakukan kejahatanDan lindungilah aku daripada orang yang melakukan keganasan.*   Lihatlah, ya Yehuwa! Mereka bersembunyi untuk menyerang aku.+Meskipun aku tidak berdosa atau memberontak,Orang yang sangat kuat melawan aku.+   Aku tidak berbuat salah tetapi mereka bersiap-siap untuk menyerang aku. Dengarkanlah seruanku dan bangkitlah untuk menolong aku.   Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan orang Israel; Engkaulah ketua angkatan syurga.+ Maka, bangkitlah dan perhatikanlah semua bangsa. Janganlah kasihani para pengkhianat yang kejam.+ (Selah)   Setiap hari, mereka datang pada waktu senja;+Mereka menyalak seperti anjing+ dan merayau-rayau di kota.+   Lihatlah! Bibir mereka seperti pedang,+Dan mereka meluahkan kata-kata yang mencelakakan.Mereka menyangka tiada orang mengetahui perbuatan mereka.+   Tetapi ya Yehuwa, Engkau akan mentertawakan mereka;+Engkau akan memperolok-olokkan semua bangsa.+   Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan berharap kepada-Mu,+Kerana Engkaulah tempat perlindunganku.*+ 10  Ya Tuhan, Engkau mengasihi aku dengan setia, dan Engkau akan datang untuk menolong aku.+Engkau akan membiarkan aku menyaksikan kejatuhan musuh-musuhku.+ 11  Janganlah terus melenyapkan mereka supaya bangsaku tidak akan melupakan perbuatan-Mu. Dengan kuasa-Mu, buatlah mereka merayau-rayau tanpa arah tujuanDan jatuhkanlah mereka, ya Yehuwa, perisai kami.+ 12  Biarlah mereka dijerat oleh kesombongan mereka sendiri,+Kerana mereka berdosa dengan kata-kata mereka,Dan kerana mereka suka berdusta dan menyumpah-nyumpah. 13  Ya Tuhan, hapuskanlah mereka dalam kemurkaan-Mu.+Ya, binasakanlah mereka semua.Biarlah mereka tahu bahawa Engkaulah yang memerintah di Yakub dan di seluruh pelosok bumi.+ (Selah) 14  Biarlah mereka kembali pada waktu senja;Biarlah mereka menyalak seperti anjing dan merayau-rayau di kota.+ 15  Biarlah mereka berkeliaran mencari makanan;+Janganlah biarkan mereka mendapat tempat tinggal atau makanan yang mencukupi. 16  Ya Tuhan, aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;+Setiap pagi, aku akan mengisytiharkan kasih setia-Mu dengan gembira, Kerana Engkaulah tempat naunganku+ Dan tempat perlindunganku pada waktu kesusahan.+ 17  Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu,+Kerana Engkaulah bentengku dan Tuhan yang mengasihi aku dengan setia.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “yang suka menumpahkan darah.”
Atau “tempat perlindunganku yang tinggi.”