Mazmur 60:1-12

  • Tuhan mengalahkan musuh

    • Penyelamatan daripada manusia tidak berguna (11)

    • Tuhan akan memberi kami kekuatan (12)

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung Kesaksian.” Miktam.* Untuk pengajaran. Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia berperang melawan Aram-naharaim dan Aram-Zoba, dan semasa Yoab pulang lalu membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Garam.+ 60  Ya Tuhan, Engkau murka terhadap kami dan mengalahkan kami;+ Engkau telah menolak kami, tetapi kini, terimalah kami semula!   Engkau telah menggempakan bumi dan membelahnya. Perbaikilah rekahan yang ada padanya, kerana bumi hampir hancur.   Engkau telah menyebabkan umat-Mu menderita; Engkau memberi kami wain untuk diminum sehingga kami terhuyung-hayang.+   Berikanlah tanda* kepada orang yang takut akan-Mu,Agar mereka dapat melarikan diri dan mengelak daripada dipanah. (Selah)   Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu;Jawablah seruan kami supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.+   Tuhan berfirman demi kesucian-Nya,* “Aku akan bersukacita dan memberikan tanah Sikhem kepada umat-Ku.+Aku akan menyukat Lembah* Sukot untuk dibahagikan kepada umat-Ku.+   Gilead dan Manasye ialah kepunyaan-Ku,+Efraim ialah topi besi bagi kepala-Ku,Dan Yehuda ialah tongkat pemerintahan-Ku.+   Tetapi Aku akan menjadikan Moab tempat pembasuhan-Ku.+ Aku akan melemparkan kasut-Ku kepada Edom.+ Aku akan bersorak kerana mengalahkan orang Filistin.”+   Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang dikepung* itu? Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+ 10  Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+ 11  Selamatkanlah kami daripada kesusahan,Kerana penyelamatan daripada manusia tidak berguna.+ 12  Ya Tuhan, Engkau akan memberi kami kekuatan,+Dan Engkau akan menginjak-injak musuh kami.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau mungkin, “Engkau telah memberikan tanda.”
Atau mungkin, “berfirman dari tempat kediaman-Nya yang suci.”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau mungkin, “yang berkubu.”