Mazmur 44:1-26
Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh keturunan Korah.+ Maskil.*
44 Ya Tuhan, kami sendiri telah mendengarKisah yang diceritakan oleh nenek moyang kami.+Kami mendengar tentang apa yang Engkau lakukan pada zaman mereka;Kami mendengar tentang perbuatan-Mu pada zaman purbakala.
2 Engkau telah mengusir bangsa-bangsa lain+Dan membolehkan nenek moyang kami mendiami tanah mereka.+
Ya, Engkau telah mengalahkan dan mengusir bangsa-bangsa itu.+
3 Nenek moyang kami tidak menakluki negeri itu dengan pedang;+Mereka tidak menang dengan kuasa mereka sendiri.+
Tetapi mereka berjaya dengan kuasa dan kekuatan-Mu*+ serta perkenan-Mu;*Mereka berhasil kerana Engkau berasa senang hati terhadap mereka.+
4 Ya Tuhan, Engkaulah Rajaku;+Berikanlah kemenangan* yang besar kepada Yakub.
5 Dengan kuasa-Mu, kami akan mengusir musuh-musuh kami;+Dengan nama-Mu, kami akan menginjak-injak orang yang bangkit untuk menentang kami.+
6 Aku tidak bergantung pada busurkuAtau pedangku untuk menyelamatkan aku.+
7 Engkaulah yang menyelamatkan kami daripada musuh-musuh kami,+Dan Engkaulah yang memalukan orang yang membenci kami.
8 Ya Tuhan, kami akan memuji-Mu sepanjang hari,Dan kami akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya. (Selah)
9 Tetapi sekarang, Engkau menolak kami dan memalukan kami;Engkau tidak lagi menyertai tentera kami.
10 Berkali-kali, Engkau membuat kami berundur daripada musuh-musuh kami;+Orang yang membenci kami merampas milik kami dengan sesuka hati.
11 Engkau menyerahkan kami seperti biri-biri untuk dilahap musuh kami;Engkau mencerai-beraikan kami dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+
12 Engkau menjual kami dengan harga yang rendah,+Tanpa mendapat apa-apa keuntungan.
13 Engkau menjadikan kami bahan hinaan jiran kami;Engkau menjadikan kami bahan ejekan dan cemuhan orang di sekeliling kami.
14 Engkau menjadikan kami bahan celaan dalam kalangan bangsa-bangsa lain;+Mereka menggelengkan kepala dan mengolok-olokkan kami.
15 Aku dimalukan sepanjang hari,Dan aku diliputi perasaan aib,
16 Kerana aku mendengar hinaan dan sindiran mereka,Dan kerana musuh kami ingin membalas dendam terhadap kami.
17 Walaupun semua ini menimpa kami, kami tidak melupakan-Mu,Dan kami tidak memungkiri perjanjian-Mu.+
18 Hati kami tidak berpaling daripada-Mu;Kaki kami tidak menyimpang daripada haluan-Mu.
19 Namun, Engkau membiarkan kami dikalahkan dan meninggalkan kami di tempat serigala berkumpul;Engkau telah menyelubungi kami dengan kegelapan yang pekat.
20 Ya Tuhan, jika kami melupakan nama-Mu,Atau jika kami menadahkan tangan untuk berdoa kepada tuhan-tuhan lain,
21 Bukankah Engkau akan mengetahuinya?
Sesungguhnya, Engkau mengetahui rahsia hati manusia.+
22 Demi-Mu, kami diancam maut sepanjang hari,Dan kami dilayan seperti biri-biri yang akan disembelih.+
23 Ya Yehuwa, bangkitlah! Mengapakah Engkau tidur?+
Bangunlah! Janganlah menolak kami selama-lamanya.+
24 Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu?
Mengapakah Engkau melupakan penderitaan dan penindasan yang kami alami?
25 Kami telah jatuh hancur di tanah,Dan kami telah terbaring di atas debu.+
26 Bangkitlah untuk menolong kami!+
Selamatkanlah kami kerana kasih setia-Mu.+
Nota Kaki
^ Harfiah, “dengan tangan kanan-Mu dan lengan-Mu.”
^ Harfiah, “serta cahaya daripada wajah-Mu.”
^ Atau “penyelamatan.”