Mazmur 81:1-16

  • Digesa untuk mematuhi Tuhan

    • Jangan sembah tuhan-tuhan asing (9)

    • ‘Alangkah baiknya jika kamu mendengar’ (13)

Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+ 81  Bersorak-sorailah kepada Tuhan, kekuatan kita.+ Laungkanlah sorakan kemenangan kepada Tuhan Yakub.   Mulakanlah muzik dan ambillah tamborin,Mainkanlah kecapi dan alat muzik yang bertali dengan merdu.   Tiuplah trompet* pada bulan baharu,+Pada bulan purnama, pada hari kita menyambut perayaan.+   Inilah satu hukum untuk Israel,Satu perintah daripada Tuhan Yakub.+   Dia telah menetapkannya sebagai peringatan untuk Yusuf+Sewaktu Dia menyerang negeri Mesir.+ Aku mendengar suara* yang tidak aku kenal:   “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;+Tangan kamu tidak lagi memegang bakul itu.   Semasa kamu dalam kesusahan dan berseru kepada-Ku, Aku telah menyelamatkan kamu;+Aku telah menjawab kamu dari sebalik awan petir.+ Aku telah menguji kamu di Sumber Air Meriba.*+ (Selah)   Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan memberikan nasihat kepada kamu. Hai Israel, alangkah baiknya jika kamu mendengar firman-Ku!+   Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalangan kamu,Dan janganlah kamu bersujud kepada tuhan lain.+ 10  Akulah Yehuwa, Tuhan kamu,Yang membawa kamu keluar dari Mesir.+ Bukalah mulut kamu besar-besar, dan Aku akan memberi kamu makan sepuas-puasnya.+ 11  Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku;Israel tidak mahu tunduk kepada-Ku.+ 12  Oleh itu, Aku membiarkan mereka mengikut keinginan hati mereka yang degil;Mereka melakukan apa yang disangka benar oleh mereka.+ 13  Alangkah baiknya jika umat-Ku mendengar firman-Ku!+Alangkah baiknya jika Israel hidup menurut haluan-Ku!+ 14  Jika mereka berbuat demikian, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera;Aku akan menentang semua lawan mereka.+ 15  Orang yang membenci Yehuwa akan terketar-ketar ketakutan di hadirat-Nya,Dan hukuman* mereka akan kekal buat selama-lamanya. 16  Tetapi Dia akan memberi kamu* gandum yang terbaik sebagai makanan+Dan memuaskan kamu dengan madu dari gunung batu.”+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Harfiah, “tanduk.”
Atau “bahasa.”
Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”
Harfiah, “masa.”
Harfiah, “dia,” iaitu umat Tuhan.