Mazmur 48:1-14

  • Sion, kota Raja yang Agung

    • Kebanggaan dunia (2)

    • Periksa kota dan menaranya (11-13)

Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Sebuah mazmur. 48  Yehuwa sungguh agung dan Dialah yang paling layak dipuji.Ya, Dia harus dipuji di kota-Nya, di gunung suci-Nya.   Kota milik Raja Agung itu kelihatan indah di atas tempat yang tinggi;+Gunung Sion yang terletak jauh di utara ituSerba indah dan merupakan kebanggaan dunia.*+   Di menara-menara berkubu di situ,Tuhan telah menunjukkan bahawa Dia ialah tempat naungan yang kukuh.*+   Lihatlah! Raja-raja sudah berkumpul;Mereka telah mara bersama-sama,   Dan apabila mereka nampak kota itu, mereka terkejut. Mereka dilanda rasa cemas dan lari ketakutan.   Mereka dicengkam rasa gentar;Mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin.   Tuhan menghancurkan kapal-kapal Tarsis dengan angin timur yang kencang.   Dahulu kita mendengar tentang perbuatan Tuhan, tetapi kini kita melihatnyaDi kota Tuhan kita, di kota milik Yehuwa, ketua angkatan syurga. Tuhan akan melindungi kota itu selama-lamanya.+ (Selah)   Ya Tuhan, di dalam Rumah-Mu,+Kami merenungkan kasih setia-Mu. 10  Ya Tuhan, Engkau sentiasa menggunakan kuasa-Mu untuk berbuat baik.+Nama-Mu akan dipuji sampai ke seluruh pelosok bumi, Dan Engkau akan disanjung tinggi sampai ke hujung bumi.+ 11  Semoga Gunung Sion+ bergembira;Semoga pekan-pekan Yehuda turut bersukacita kerana penghakiman-Mu.+ 12  Berjalanlah mengelilingi SionDan hitunglah menara-menara di situ;+ 13  Perhatikanlah tembok-tembok berkubu di situ,+ Dan periksalah menara-menara kukuh di situ,Agar kamu dapat menceritakannya kepada keturunan yang akan datang. 14  Ya Tuhan, Engkaulah Tuhan kami+ selama-lamanya. Engkau akan membimbing kami senantiasa.*+

Nota Kaki

Atau “dan mendatangkan sukacita kepada seluruh penduduk bumi.”
Atau “tempat naungan yang tinggi.”
Atau mungkin, “membimbing kami sampai akhir hayat kami.”