Mazmur 6:1-10
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali yang diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud.
6 Ya Yehuwa, janganlah menegur aku ketika Engkau murka,Dan janganlah membetulkan aku semasa Engkau marah.+
2 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku semakin lemah.
Ya Yehuwa,+ kuatkanlah aku kerana aku tidak bermaya.
3 Sesungguhnya, hatiku sangat gelisah,+Dan aku bertanya kepada-Mu, “Ya Yehuwa, sampai bilakah aku harus menderita?”+
4 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku kerana Engkau penuh dengan kasih setia;+Ya, datanglah dan selamatkanlah aku,+
5 Kerana orang mati tidak dapat bercakap* tentang-Mu;Di Kuburan,* tiada sesiapa yang akan memuji-Mu.+
6 Aku mengeluh sehingga menjadi letih lesu;+Sepanjang malam katilku dibasahi dengan air mataku;Tempat tidurku dibasahi dengan tangisanku.+
7 Penglihatanku menjadi kabur,+Dan hatiku pedih disebabkan semua orang yang menindas aku.
8 Hai kamu semua yang jahat, pergilah daripadaku,Kerana Yehuwa akan mendengarkan tangisanku.+
9 Yehuwa akan mendengarkan permohonanku;+Yehuwa akan mengabulkan doaku.
10 Semua musuhku akan berasa cemas dan terhina;Mereka akan segera berundur dengan penuh rasa malu.+