Mazmur 75:1-10

  • Tuhan menghakimi dengan adil

    • Orang jahat akan minum dari cawan Yehuwa (8)

Untuk pengarah muzik. Diselaraskan dengan lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur yang digubah oleh Asaf.+ 75  Kami bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan. Kami bersyukur kepada-Mu;Engkau dekat dengan kami,*+Dan orang mengisytiharkan perbuatan-Mu yang menakjubkan.  2  Engkau berfirman, “Selepas Aku menentukan waktunya,Aku akan menghakimi dengan adil.  3  Apabila bumi dan penduduknya mula ketakutan,Akulah yang memastikan agar tiang-tiangnya tetap teguh.” (Selah)  4  Aku memberitahu orang yang bercakap besar, “Jangan bercakap besar,” Dan kepada orang yang jahat, “Jangan berbangga dengan kekuatan* kamu.  5  Jangan berbangga kerana kamu begitu kuat.*Jangan bercakap dengan angkuh.  6  Hal ini demikian kerana keagungan tidak datangDari timur atau barat atau selatan.  7  Tuhan ialah Hakim.+ Dia dapat merendahkan atau meninggikan seseorang.+  8  Ada sebuah cawan di dalam tangan Yehuwa yang penuh dengan wain;+Wain di dalam cawan itu sudah berbuih dan rempah-ratus dicampurkan ke dalamnya. Dia pasti akan menuangkan wain itu bersama endapannya,Dan semua orang jahat di bumi akan meminumnya sehingga habis.”+  9  Aku akan mengumumkan hal ini buat selama-lamanya;Aku akan menyanyikan pujian kepada* Tuhan Yakub. 10  Hal ini demikian kerana Dia telah berfirman, “Aku akan menghancurkan kekuatan* orang yang jahat,Tetapi Aku akan menambahkan kekuatan* orang yang baik.”

Nota Kaki

Harfiah, “Nama-Mu dekat.”
Harfiah, “tanduk.”
Harfiah, “Jangan meninggikan tanduk kamu.”
Atau “bermain muzik untuk.”
Harfiah, “tanduk.”
Harfiah, “tanduk.”