Satu Samuel 19:1-24

  • Saul terus membenci Daud (1-13)

  • Daud melarikan diri daripada Saul (14-24)

19  Pada suatu hari, Saul memberitahu anaknya Yonatan dan semua hambanya bahawa dia merancang untuk membunuh Daud.+  Yonatan sangat menyukai Daud,+ maka dia berkata kepada Daud, “Bapaku Saul ingin membunuhmu. Esok pagi berhati-hatilah dan pergilah bersembunyi di suatu tempat rahsia.  Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu bersembunyi. Aku akan bercakap dengan bapaku tentang kamu dan jika aku mengetahui apa-apa, aku pasti akan memberitahumu.”+  Maka Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud+ kepada bapanya Saul. Dia berkata, “Ayahanda tidak patut berdosa terhadap Daud, hamba ayahanda, kerana dia tidak berbuat salah terhadap ayahanda. Malah dia telah berjasa terhadap ayahanda.  Dia telah mempertaruhkan nyawanya untuk membunuh Goliat,+ sehingga Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada semua orang Israel. Pada masa itu, ayahanda telah menyaksikannya dan turut bergembira. Jadi sekarang mengapakah ayahanda mahu membunuh Daud tanpa sebab? Mengapakah ayahanda mahu berdosa terhadap orang yang tidak bersalah ini?”+  Saul mendengarkan kata-kata Yonatan dan dia bersumpah, “Demi Yehuwa yang hidup, beta tidak akan membunuh Daud.”  Selepas itu, Yonatan memanggil Daud dan memberitahunya segala hal itu. Lalu dia membawa Daud kepada Saul dan Daud terus berkhidmat kepada Saul seperti dahulu.+  Tidak lama kemudian, peperangan berlaku lagi. Daud pergi menyerang dan membunuh banyak orang Filistin sehingga mereka melarikan diri daripadanya.  Semasa Saul sedang duduk di rumahnya, Yehuwa membiarkan fikiran* Saul bercelaru.+ Pada masa itu, dia memegang sebatang tombak dan Daud sedang memainkan kecapinya.+ 10  Saul mencuba untuk menancapkan Daud ke dinding dengan tombak itu, tetapi Daud mengelak dan tombak itu tertancap pada dinding. Daud kemudiannya melarikan diri pada malam itu. 11  Saul pula mengirim utusan untuk mengawasi rumah Daud dan membunuhnya pada waktu pagi.+ Tetapi Mikhal, isteri Daud, berkata kepadanya, “Jika kamu tidak melarikan diri pada malam ini, kamu akan mati pada keesokan hari.” 12  Mikhal segera menurunkan Daud dari tingkap supaya Daud dapat melarikan diri. 13  Mikhal mengambil sebuah patung terafim* dan meletakkannya di atas katil. Dia juga meletakkan sehelai tenunan bulu kambing di bahagian kepala lalu menutupnya dengan sehelai pakaian. 14  Apabila Saul mengirim utusan untuk menangkap Daud, Mikhal pun berkata, “Daud sedang sakit.” 15  Maka Saul mengirim utusan sekali lagi kepada Daud. Dia berkata, “Bawalah Daud bersama dengan katilnya supaya beta dapat membunuhnya.”+ 16  Apabila utusan-utusan itu masuk ke dalam rumah Daud, mereka nampak sebuah patung terafim di atas katil dan tenunan bulu kambing di bahagian kepala. 17  Saul bertanya kepada Mikhal, “Mengapakah kamu menipu beta dan membiarkan musuh beta+ melarikan diri?” Mikhal menjawab, “Daud berkata kepadaku, ‘Biarkan aku pergi. Jika tidak, aku akan membunuhmu!’” 18  Daud melarikan diri dan pergi kepada Samuel di Rama.+ Dia memberitahu Samuel segala yang telah dilakukan oleh Saul terhadapnya. Selepas itu, Daud dan Samuel berangkat dan tinggal di Nayot.+ 19  Kemudian Saul diberitahu, “Daud berada di Nayot dekat Rama.” 20  Saul segera menghantar utusan untuk menangkap Daud. Apabila para utusan itu melihat nabi-nabi yang tua bernubuat dan Samuel berada di situ untuk memimpin mereka, kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas para utusan Saul lalu mereka juga mula berkelakuan seperti nabi.* 21  Sewaktu Saul mendengar hal itu, dia segera menghantar lebih banyak utusan tetapi utusan-utusan itu juga mula berkelakuan seperti nabi.* Maka Saul menghantar kumpulan utusan yang ketiga tetapi mereka juga mula berkelakuan seperti nabi. 22  Akhirnya, Saul sendiri berangkat ke Rama. Ketika dia tiba di kolam besar yang terletak di Sekhu, dia bertanya, “Di manakah Samuel dan Daud?” Orang di situ menjawab, “Mereka berada di Nayot+ dekat Rama.” 23  Semasa Saul dalam perjalanan ke Nayot di Rama, kuasa suci Tuhan turut dicurahkan ke atasnya. Lalu dia berkelakuan seperti nabi* di sepanjang jalan sehingga dia tiba di Nayot dekat Rama. 24  Dia juga menanggalkan pakaiannya dan berkelakuan seperti nabi* di hadapan Samuel. Dia berbaring di situ tanpa berpakaian* sepanjang hari dan sepanjang malam. Itulah sebabnya ada pepatah yang berbunyi: “Adakah Saul juga seorang nabi?”+

Nota Kaki

Atau “penyelamatan.”
Lihat Kamus, “Roh.”
Atau “patung dewa dewi keluarga; patung berhala.”
Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.
Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.
Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.
Ungkapan ini mungkin merujuk kepada kelakuan pelik yang kadangkala diperlihatkan oleh para nabi.
Atau “dengan memakai jubah dalamnya sahaja.”