Keluaran 38:1-31

  • Mazbah untuk korban bakar (1-7)

  • Besen tembaga (8)

  • Halaman khemah (9-20)

  • Senarai bahan untuk membina khemah suci (21-31)

38  Bezaleel membuat sebuah mazbah untuk korban bakar daripada kayu akasia. Mazbah itu berbentuk segi empat, berukuran kira-kira dua meter panjang, kira-kira dua meter lebar, dan kira-kira satu meter tinggi.*+  Dia membuat tanduk-tanduk pada keempat-empat sudutnya, dan tanduk-tanduk itu menjadi sebahagian daripada mazbah. Kemudian dia menyaluti semua itu dengan tembaga.+  Setelah itu, dia membuat segala peralatan untuk mazbah, iaitu baldi, penyodok, mangkuk, garpu, dan bekas perbaraan. Dia membuat semua peralatan itu daripada tembaga.  Dia membuat kekisi daripada tembaga dan memasukkan kekisi itu di bawah jalur yang melingkari mazbah, di tengah-tengah mazbah, iaitu setengah daripada ketinggian mazbah.  Dia membuat empat buah gelang, lalu memasangkan satu gelang pada setiap sudut dekat kekisi tembaga itu untuk menyangga kayu pengusung.  Selepas itu, dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan tembaga.  Dia memasukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang pada kedua-dua sisi mazbah itu supaya mazbah dapat diusung. Mazbah itu berbentuk kotak kosong yang diperbuat daripada papan.  Dia membuat sebuah besen daripada tembaga+ dan kakinya daripada tembaga juga. Dia membuat semua itu dengan menggunakan cermin-cermin* yang diberikan oleh para wanita yang bertugas di pintu masuk khemah pertemuan.  Bezaleel membuat tirai untuk halaman khemah.+ Pada bahagian halaman yang menghadap selatan, dia membuat tirai daripada kain linen halus yang dipintal. Tirai itu berukuran 44.5 meter* panjang.+ 10  Dia juga membuat 20 batang tiang dan 20 buah alas tiang daripada tembaga. Kemudian dia membuat cangkuk dan penghubung* daripada perak untuk tiang-tiang itu. 11  Pada bahagian utara halaman, dia membuat tirai yang berukuran 44.5 meter panjang. Dia membuat 20 batang tiang dan 20 buah alas tiang daripada tembaga untuk tirai itu. Dia juga membuat cangkuk dan penghubung daripada perak untuk tiang-tiang itu. 12  Pada bahagian barat halaman pula, dia membuat tirai yang berukuran kira-kira 22 meter* panjang. Dia membuat 10 batang tiang dan 10 buah alas tiang untuk tirai itu. Dia juga membuat cangkuk dan penghubung daripada perak untuk tiang-tiang itu. 13  Bahagian timur halaman, yang menghadap ke arah matahari terbit, berukuran kira-kira 22 meter panjang. 14  Pintu masuk halaman khemah terletak di bahagian itu. Pada bahagian kiri pintu masuk, dia membuat tirai yang berukuran kira-kira tujuh meter* panjang, berserta tiga batang tiang dan tiga buah alas tiang. 15  Pada bahagian kanan pintu masuk, dia juga membuat tirai yang berukuran kira-kira tujuh meter panjang, berserta tiga batang tiang dan tiga buah alas tiang. 16  Semua tirai di sekeliling halaman khemah dibuat daripada kain linen halus yang dipintal. 17  Semua cangkuk dan penghubung untuk tiang-tiang di sekeliling halaman diperbuat daripada perak, tetapi alasnya daripada tembaga. Bahagian atas tiang disaluti perak, dan semua penghubung tiang yang digunakan di halaman khemah diperbuat daripada perak.+ 18  Tirai untuk pintu masuk halaman khemah ditenun daripada benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal. Tirai itu berukuran 8.9 meter panjang dan kira-kira 2 meter tinggi,* iaitu sama tinggi dengan tirai-tirai di halaman khemah.+ 19  Tirai itu disangga oleh empat batang tiang dengan empat buah alas tiang yang diperbuat daripada tembaga. Cangkuk-cangkuknya dan penghubung-penghubungnya diperbuat daripada perak, dan bahagian atas tiang itu pula disaluti perak. 20  Semua pasak khemah dan pasak di halaman khemah diperbuat daripada tembaga.+ 21  Musa mengarahkan orang Lewi+ untuk mencatatkan bahan-bahan yang digunakan untuk membina khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan. Senarai itu dibuat di bawah pengawasan Itamar+ anak Imam Harun. 22  Bezaleel+ anak Uri, cucu Hur, daripada suku Yehuda, melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 23  Dia dibantu oleh Oholiab+ anak Ahisamakh daripada suku Dan. Oholiab mahir bertukang dan menyulam. Dia juga pandai menenun dengan menggunakan benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus. 24  Semua emas yang diberikan sebagai sumbangan*+ telah digunakan untuk segala pekerjaan di khemah suci. Berat emas itu berjumlah 1,000 kilogram,* menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 25  Perak yang dikumpulkan daripada umat semasa pembancian berjumlah 3,440 kilogram,* menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 26  Bilangan lelaki yang telah dihitung, iaitu mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas, berjumlah 603,550 orang.+ Setiap orang memberikan 5.7 gram perak,*+ menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 27  Sebanyak 3,420 kilogram* perak telah digunakan untuk membuat 100 buah alas tiang bagi khemah suci dan tirai. Sebanyak 34.2 kilogram* perak digunakan untuk membuat setiap alas tiang tersebut.+ 28  Bezaleel telah menggunakan 20 kilogram perak* untuk membuat cangkuk dan penghubung bagi tiang-tiang dan untuk menyaluti bahagian atas tiang-tiang itu. 29  Tembaga yang telah disumbangkan berjumlah 2,421 kilogram.* 30  Bezaleel telah menggunakan tembaga ini untuk membuat alas tiang bagi pintu masuk khemah pertemuan, mazbah tembaga dengan kekisinya dan semua peralatan mazbah, 31  alas tiang di sekeliling halaman khemah, alas tiang bagi pintu masuk halaman khemah, dan semua pasak khemah serta pasak+ di halaman khemah.

Nota Kaki

Harfiah, “5 hasta panjang, 5 hasta lebar, dan 3 hasta tinggi.” Lihat Lampiran B14.
Iaitu, kepingan logam yang telah dikilatkan.
Harfiah, “100 hasta.”
Atau “gelang.”
Harfiah, “50 hasta.”
Harfiah, “15 hasta.”
Harfiah, “20 hasta panjang dan 5 hasta tinggi.”
Atau “korban yang diayunkan.”
Harfiah, “29 talenta dan 730 syekel.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “100 talenta dan 1,775 syekel.”
Harfiah, “setengah syekel.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “100 talenta.”
Harfiah, “1 talenta.”
Atau “1,775 syekel.”
Harfiah, “70 talenta dan 2,400 syekel.”