Keluaran 27:1-21

  • Mazbah untuk korban bakar (1-8)

  • Halaman khemah (9-19)

  • Minyak untuk pelita (20, 21)

27  “Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia.+ Mazbah itu haruslah berbentuk segi empat, berukuran kira-kira dua meter panjang, kira-kira dua meter lebar, dan kira-kira satu meter tinggi.*+  Buatlah tanduk-tanduk+ pada keempat-empat sudutnya, dan tanduk-tanduk itu akan menjadi sebahagian daripada mazbah. Semuanya haruslah disaluti tembaga.+  Buatlah baldi untuk mengumpulkan abu,* dan buatlah juga penyodok, mangkuk, garpu, dan bekas perbaraan. Semua peralatan mazbah haruslah diperbuat daripada tembaga.+  Buatlah kekisi daripada tembaga dan empat buah gelang tembaga, lalu pasangkan satu gelang pada setiap sudut.  Masukkan kekisi itu di bawah jalur yang melingkari mazbah, di tengah-tengah mazbah, iaitu setengah daripada ketinggian mazbah.  Buatlah kayu pengusung daripada kayu akasia untuk mazbah, dan salutilah kayu-kayu itu dengan tembaga.  Masukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang pada kedua-dua sisi mazbah itu semasa mazbah diusung.+  Gunakanlah kepingan papan untuk membuat mazbah. Mazbah itu haruslah berbentuk kotak kosong, menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung ini.+  “Buatlah tirai di sekeliling halaman khemah.+ Pada bahagian halaman yang menghadap selatan, buatlah tirai daripada kain linen halus yang dipintal. Tirai itu haruslah berukuran 44.5 meter* panjang.+ 10  Buatlah 20 batang tiang dan 20 buah alas daripada tembaga. Buatlah juga cangkuk dan penghubung* daripada perak untuk tiang-tiang itu. 11  Tirai di bahagian yang menghadap utara juga haruslah berukuran 44.5 meter panjang. Buatlah juga 20 batang tiang dan 20 buah alas daripada tembaga, berserta cangkuk dan penghubung daripada perak untuk tiang-tiang itu. 12  Tirai di bahagian barat halaman pula haruslah berukuran kira-kira 22 meter* panjang. Buatlah juga 10 batang tiang dan 10 buah alas. 13  Bahagian timur halaman, yang menghadap ke arah matahari terbit, haruslah berukuran kira-kira 22 meter panjang. 14  Pintu masuk halaman khemah terletak di bahagian itu. Pada bahagian kiri pintu masuk, buatlah tirai yang berukuran kira-kira tujuh meter* panjang berserta tiga batang tiang dan tiga buah alas.+ 15  Pada bahagian kanan pintu masuk, buatlah tirai yang berukuran kira-kira tujuh meter panjang berserta tiga batang tiang dan tiga buah alas. 16  “Tenunlah tirai untuk pintu masuk halaman khemah. Tirai itu haruslah berukuran 8.9 meter* panjang, dan dibuat daripada benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal.+ Buatlah juga empat batang tiang dan empat buah alas.+ 17  Semua cangkuk dan penghubung tiang di sekeliling halaman haruslah diperbuat daripada perak, tetapi alasnya daripada tembaga.+ 18  Seluruh halaman itu haruslah berukuran 44.5 meter panjang+ dan kira-kira 22 meter lebar, dengan dinding tirai setinggi kira-kira 2 meter.* Tirai itu haruslah dibuat daripada kain linen halus yang dipintal, dan alasnya haruslah diperbuat daripada tembaga. 19  Semua peralatan yang digunakan untuk khidmat yang dijalankan di khemah haruslah diperbuat daripada tembaga, begitu juga dengan semua pasak khemah dan pasak di halaman khemah.+ 20  “Suruhlah umat Israel untuk membawa minyak zaitun tulen bagi pelita supaya pelita-pelita itu sentiasa bernyala.+ 21  Pelita-pelita di dalam khemah pertemuan, iaitu di luar tirai pemisah yang berhampiran dengan tabut,+ mesti sentiasa bernyala di hadapan Aku, Yehuwa.+ Harun dan anak-anak lelakinya haruslah memastikan agar semua pelita itu tetap bernyala dari petang sampai pagi. Perintah ini mesti sentiasa dipatuhi oleh orang Israel dan keturunan mereka.+

Nota Kaki

Harfiah, “5 hasta panjang, 5 hasta lebar, dan 3 hasta tinggi.” Lihat Lampiran B14.
Iaitu, abu yang bercampur lemak daripada korban yang dibakar.
Harfiah, “100 hasta.”
Atau “gelang.”
Harfiah, “50 hasta.”
Harfiah, “15 hasta.”
Harfiah, “20 hasta.”
Harfiah, “100 hasta panjang dan 50 hasta lebar, dengan dinding tirai setinggi 5 hasta.”