Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

BAHAGIAN 6

Kelahiran Yesus hingga Kematiannya

Kelahiran Yesus hingga Kematiannya

Malaikat Gabriel dihantar untuk menemui seorang gadis baik yang bernama Maria. Gabriel memberitahu Maria bahawa Maria akan melahirkan seorang anak yang akan memerintah sebagai raja untuk selama-lamanya. Anak Maria yang bernama Yesus telah dilahirkan di dalam sebuah kandang. Gembala-gembala telah melawatnya di sana. Kemudian, sebuah bintang menunjukkan jalan ke tempat tinggal anak kecil itu kepada beberapa orang lelaki dari Timur. Kita akan belajar tentang siapa yang menyebabkan mereka untuk melihat bintang itu, dan bagaimana Yesus diselamatkan daripada orang jahat yang mencuba membunuhnya.

Selanjutnya, kita akan belajar tentang Yesus yang telah bercakap dengan guru-guru agama di Rumah Tuhan semasa dia berumur 12 tahun. Yesus dibaptiskan 18 tahun kemudian. Selepas itu, dia memulakan kerja memberitakan dan mengajarkan Kerajaan Tuhan kepada orang lain. Tuhan telah menghantarnya ke bumi untuk melakukan kerja ini. Untuk membantunya melaksanakan kerja ini, Yesus telah memilih 12 orang lelaki dan menjadikan mereka hawarinya.

Yesus juga melakukan banyak mukjizat. Dia memberi makan kepada beribu-ribu orang dengan menggunakan hanya beberapa ekor ikan yang kecil dan beberapa buku roti. Dia menyembuhkan orang yang sakit dan membangkitkan orang yang mati. Akhirnya, kita akan belajar tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Yesus pada hari terakhir dalam hidupnya, dan bagaimana dia dibunuh. Yesus telah menyebarkan berita baik selama kira-kira tiga tahun setengah. Maka Bahagian KEENAM dalam buku ini meliputi suatu jangka masa yang melebihi 34 tahun.

 

DALAM BAHAGIAN INI

CERITA 84

Malaikat Melawat Maria

Dia menyampaikan pesanan Tuhan: Maria akan melahirkan anak yang akan menjadi raja selama-lamanya.

CERITA 85

Yesus Dilahirkan dalam Kandang

Mengapakah seorang yang bakal menjadi raja dilahirkan di sebuah palung?

CERITA 86

Bintang Menunjukkan Jalan

Siapakah yang menunjukkan jalan kepada ahli nujum agar dapat mencari Yesus? Jawapannya mungkin tidak seperti yang anda jangkakan.

CERITA 87

Yesus di Rumah Tuhan

Apakah yang menyebabkan guru-guru agama di Rumah Tuhan berasa kagum terhadapnya?

CERITA 88

Yohanes Membaptiskan Yesus

Yohanes membaptis orang yang berdosa, tetapi Yesus tidak pernah berdosa. Jadi, mengapakah Yohanes membaptiskannya?

CERITA 89

Yesus Membersihkan Rumah Tuhan

Apakah yang menyebabkan Yesus marah?

CERITA 90

Wanita di Perigi

Bagaimana mungkin air yang diberikan oleh Yesus dapat memastikan wanita itu tidak akan berasa haus lagi?

CERITA 91

Yesus Mengajar di Atas Bukit

Kita dapat memperoleh kebijaksanaan menerusi Ceramah Di Atas Gunung.

CERITA 92

Yesus Membangkitkan Orang

Dengan menggunakan kuasa Tuhan, Yesus menyebut dua kata-kata yang ringkas untuk membangkitkan anak perempuan Yairus.

CERITA 93

Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

Apakah yang dibuktikan oleh Yesus semasa dia melakukan mukjizat untuk memberikan makanan kepada ribuan orang?

CERITA 94

Dia Mengasihi Kanak-kanak

Yesus mengajar para rasul bahawa mereka boleh meniru teladan anak-anak kecil.

CERITA 95

Cara Yesus Mengajar

Cerita ibarat mengenai orang Samaria yang baik hati ialah contoh tentang kaedah mengajar yang sering digunakan oleh Yesus.

CERITA 96

Yesus Menyembuhkan Orang Sakit

Melalui mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus, apakah yang dicapainya?

CERITA 97

Yesus Datang sebagai Raja

Orang ramai menyambutnya, tetapi tidak semua yang gembira tentang hal ini.

CERITA 98

Di Atas Bukit Zaitun

Yesus memberitahu empat orang rasulnya tentang perkara yang berlaku pada zaman kita.

CERITA 99

Bilik di Tingkat Atas

Mengapakah Yesus memberikan perintah kepada pengikutnya untuk mengadakan jamuan istimewa ini setiap tahun?

CERITA 100

Yesus di Taman

Mengapakah Yudas mengkhianati Yesus dengan ciuman?

CERITA 101

Yesus Dibunuh

Semasa dihukum mati pada tiang seksaan, dia berjanji tentang sebuah firdaus.