Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 CERITA 2

Sebuah Taman yang Indah

Sebuah Taman yang Indah

LIHATLAH gambar ini! Alangkah cantiknya segala sesuatu yang ada di sini! Lihatlah rumput, pokok, bunga, dan semua binatang. Dapatkah adik mencari gajah dan singa-singa di dalam gambar ini?

Dari manakah datangnya taman yang indah ini? Mari kita lihat bagaimana Tuhan menyediakan bumi untuk kita.

Pertama, Tuhan menutupi bumi dengan rumput hijau. Dia menciptakan semua jenis tumbuhan kecil, pokok renek, dan pokok besar. Tumbuh-tumbuhan mencantikkan bumi. Tumbuh-tumbuhan juga membekalkan kita dengan makanan yang sungguh sedap.

Kemudian, Tuhan menciptakan ikan yang berenang di dalam air dan burung-burung yang terbang di langit. Dia menciptakan anjing, kucing, dan kuda; binatang yang besar dan binatang yang kecil. Binatang-binatang apakah tinggal berhampiran dengan rumah adik? Tidakkah kita berasa gembira kerana Tuhan telah menciptakan kesemua ini untuk kita?

Akhir sekali, Tuhan menjadikan satu bahagian bumi ini sebuah tempat yang sangat istimewa. Tempat ini dinamakan Taman Eden. Taman ini cukup sempurna. Segala sesuatu dalam taman ini sungguh indah. Tuhan juga mahu seluruh bumi menjadi cantik seperti taman yang indah ini.

Tetapi, lihatlah gambar ini sekali lagi. Pada pandangan Tuhan, gambar ini tidak lengkap. Tahukah adik mengapa? Mari kita cari jawapannya.