Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

 CERITA 98

Di Atas Bukit Zaitun

Di Atas Bukit Zaitun

YESUS berada di atas Bukit Zaitun, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Keempat-empat orang lelaki yang ada bersamanya ialah hawari-hawarinya. Mereka ialah Andreas, Petrus, Yakobus, dan Yohanes. Andreas dan Petrus ialah adik-beradik. Yakobus dan Yohanes merupakan adik-beradik juga. Bangunan di latar belakang gambar ini ialah Rumah Tuhan di Yerusalem.

Dua hari telah berlalu semenjak Yesus menunggangi seekor anak keldai ke dalam kota Yerusalem. Hari ini ialah hari Selasa. Siang-siang lagi, Yesus sudah berada di Rumah Tuhan. Di sana, penghentar-penghentar mencuba menangkap Yesus untuk membunuhnya. Tetapi mereka takut untuk berbuat demikian kerana Yesus disukai ramai.

“Kamu jahat seperti ular dan kamu keturunan orang yang jahat!” kata Yesus kepada ketua-ketua agama itu. Kemudian, Yesus mengatakan bahawa Tuhan akan menghukum mereka kerana mereka melakukan perkara-perkara yang jahat. Selepas itu, Yesus naik ke atas Bukit Zaitun. Di sana, keempat-empat orang hawarinya mula menanya Yesus beberapa soalan. Tahukah adik, apakah soalan-soalan yang ditanyakan oleh mereka?

Hawari-hawari Yesus sedang menanya Yesus tentang perkara-perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Mereka tahu Yesus akan mengakhiri segala kejahatan di bumi. Mereka ingin tahu bila hal ini akan berlaku. Bilakah Yesus akan datang lagi untuk memerintah sebagai Raja?

Yesus tahu bahawa apabila dia datang lagi, pengikut-pengikutnya yang berada di bumi tidak dapat melihatnya. Hal ini adalah kerana dia akan berada di syurga. Jadi, Yesus memberitahu hawari-hawarinya beberapa perkara yang akan berlaku di bumi apabila dia memerintah di syurga sebagai Raja. Apakah perkara-perkara yang akan berlaku?

Yesus berkata bahawa pada masa itu, perang yang besar akan berlaku. Banyak orang akan jatuh sakit. Jenayah akan berleluasa. Kelaparan dan gempa bumi yang besar akan berlaku. Yesus juga mengatakan bahawa berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke merata-rata tempat di bumi. Adakah semua perkara yang dikatakan oleh Yesus berlaku di bumi sekarang? Sudah tentu! Jadi kita boleh yakin bahawa Yesus sedang memerintah di syurga. Tidak lama lagi, dia akan mengakhiri segala kejahatan di bumi.