Amsal 13:1-25

  • Orang bijak meminta nasihat (10)

  • “Harapan yang tidak tercapai memedihkan hati” (12)

  • “Utusan yang setia membawa kebaikan” (17)

  • Bergaul dengan orang bijak; menjadi bijak (20)

  • Disiplin menunjukkan kasih (24)

13  Anak yang bijak menerima disiplin bapanya,+Tetapi orang yang angkuh* tidak mendengarkan teguran.+  2  Seseorang menikmati hasil yang baik kerana kata-katanya;+Orang yang licik suka akan keganasan.  3  Orang yang menjaga mulutnya,* memelihara nyawanya,+Tetapi orang yang tidak mengawal mulutnya akan binasa.+  4  Orang yang malas mempunyai banyak keinginan, namun tidak memiliki apa-apa pun,+Tetapi orang yang rajin akan menikmati segala hasil usahanya sehingga puas.+  5  Orang baik membenci dusta,+Tetapi orang jahat melakukan perkara yang memalukan dan membawa aib.  6  Kebaikan melindungi orang yang haluannya tidak bercela,+Tetapi kejahatan memusnahkan orang yang berdosa.  7  Ada orang yang berpura-pura kaya padahal tidak memiliki apa-apa;+Ada pula yang berpura-pura miskin padahal kaya-raya.  8  Orang kaya harus menggunakan kekayaannya untuk menebus nyawanya,+Tetapi orang miskin hidup aman tanpa sebarang ancaman.+  9  Cahaya orang baik bersinar terang,+Tetapi pelita orang jahat akan padam.+ 10  Keangkuhan* hanya mencetuskan persengketaan,+Tetapi kebijaksanaan milik orang yang meminta nasihat.*+ 11  Kekayaan yang diperoleh dengan mudah, cepat habis,+Tetapi kekayaan yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akan bertambah. 12  Harapan yang tertunda memedihkan hati,+Tetapi hasrat yang tercapai mendatangkan kesegaran dan sukacita.*+ 13  Orang yang membenci tunjuk ajar akan menanggung akibatnya,+Tetapi orang yang menghormati hukum akan diberkati.+ 14  Ajaran orang bijak memberikan kehidupan+Dan dapat menyelamatkan seseorang daripada jerat maut. 15  Orang yang berpengertian akan disenangi orang,Tetapi hidup orang yang licik sarat dengan kesusahan. 16  Orang bijak bertindak berdasarkan pengetahuan;+Orang bodoh mendedahkan kebodohan dirinya sendiri.+ 17  Utusan yang jahat mendatangkan kesusahan,+Tetapi utusan yang setia membawa kebaikan.+ 18  Orang yang mengabaikan disiplin akan dihina dan menjadi miskin,Tetapi orang yang menerima teguran akan dimuliakan.+ 19  Hasrat yang tercapai menyenangkan jiwa;+Orang bodoh enggan berpaling daripada kejahatan.+ 20  Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak,+Tetapi orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.+ 21  Orang yang berdosa diekori kesusahan,+Tetapi orang yang berbuat benar diberkati dengan kemakmuran.+ 22  Orang baik meninggalkan harta untuk diwarisi cucunya,Tetapi harta pendosa akan menjadi milik orang yang melakukan apa yang benar.+ 23  Ladang orang miskin menghasilkan banyak makanan,Tetapi ladang itu mungkin dirampas* kerana ketidakadilan. 24  Sesiapa yang tidak mendisiplinkan* anaknya membenci anaknya,+Tetapi orang yang mengasihi anaknya mendisiplinkan anaknya.*+ 25  Orang baik makan dan memuaskan seleranya,+Tetapi orang jahat akan kelaparan.+

Nota Kaki

Atau “yang suka mencemuh.”
Atau “mengawal pertuturannya.”
Lihat nota kaki bagi Ams 11:2.
Atau “yang berunding.”
Harfiah, “yang tercapai ialah pokok kehidupan.”
Atau “Tetapi dia mungkin lenyap.”
Atau “merotan; menghukum.”
Atau mungkin, “segera mendisiplinkan anaknya.”