Amsal 23:1-35
23 Semasa kamu duduk dan makan bersama seorang raja,Berwaspadalah terhadap apa yang ada di hadapan kamu;
2 Meskipun kamu sangat berselera,Kawallah diri kamu.*
3 Jangan mendambakan makanannya yang lazat,Supaya kamu tidak terperdaya.
4 Jangan berjerih lelah untuk mendapatkan kekayaan.+
Berhentilah berbuat demikian dan tunjukkanlah pengertian.*
5 Kekayaan itu boleh hilang dalam sekelip mata,+Seolah-olah kekayaan itu bersayap dan terbang ke langit seperti burung helang.+
6 Jangan makan makanan orang yang kedekut;Jangan mendambakan makanannya yang enak,
7 Kerana dia suka berkira.
Dia berkata, “Makanlah dan minumlah,” tetapi sebenarnya dia tidak ikhlas.
8 Kamu akan memuntahkan makanan yang telah ditelan,Dan kata-kata pujianmu sia-sia belaka.
9 Jangan bercakap dengan orang bodoh,+Kerana dia akan meremehkan kata-katamu yang bijak.+
10 Jangan memindahkan sempadan tanah yang ditetapkan pada masa lampau,+Dan jangan menceroboh ladang anak yatim,
11 Kerana Pembela* mereka kuat;Dia akan membela mereka dan menentang kamu.+
12 Dengarkanlah kata-kata yang bijak,Dan terimalah disiplin dengan sepenuh hatimu.
13 Jangan teragak-agak untuk mendisiplinkan seorang anak.*+
Dia tidak akan mati jika kamu merotannya.
14 Pukullah dia dengan rotan,Untuk menyelamatkannya dari Kuburan.*
15 Hai anakku, jika hatimu bijaksana,Maka hatiku akan bergembira.+
16 Jika kamu mengucapkan apa yang benar,Hatiku akan berlimpah-limpah dengan rasa sukacita.
17 Janganlah iri hati terhadap pendosa,+Tetapi takutlah akan Yehuwa senantiasa.+
18 Dengan itu masa depan kamu akan terjamin,+Dan harapan kamu tidak akan hilang.
19 Dengarlah, hai anakku.Jadilah bijaksana dan ikutlah haluan yang betul.
20 Janganlah tergolong sebagai orang yang minum terlalu banyak wain,+Atau orang yang makan daging dengan gelojoh,+
21 Kerana orang mabuk dan orang gelojoh akan jatuh miskin,+Dan rasa mengantuk akan menyebabkan mereka berpakaian compang-camping.
22 Dengarkanlah kata-kata bapamu; kerana dia, kamu telah dilahirkan,Dan jangan menghina ibumu hanya kerana dia sudah tua.+
23 Perolehlah kebenaran dan jangan melepaskannya;*+Perolehlah* juga kebijaksanaan, disiplin, dan pengertian.+
24 Seorang bapa pasti akan berbahagia jika anaknya baik;Dia pasti bersukacita jika anaknya bijak.
25 Ibu bapa kamu akan bersukacita,Dan ibu yang melahirkan kamu akan bergembira.
26 Hai anakku, dengarlah kata-kataku dengan teliti.Semoga kamu mengikut haluanku dengan senang hati.+
27 Seorang pelacur umpama lubang yang dalam,Dan seorang perempuan yang tidak bermoral* bagaikan perigi yang sempit.+
28 Dia menghendap seperti perompak;+Dia menyebabkan banyak lelaki menjadi tidak setia.
29 Siapakah yang malang? Siapakah yang khuatir?
Siapakah yang suka bertengkar? Siapakah yang suka merungut?
Siapakah yang tercedera tanpa sebab? Siapakah yang matanya merah?
30 Orang yang menghabiskan banyak masa untuk minum arak;+Orang yang berkumpul untuk minum* wain yang memabukkan.
31 Jangan memandang wain yang kemerah-merahan,Yang berkilau-kilauan di dalam cawan, dan yang diteguk dengan senang sekali,
32 Kerana akhirnya wain itu mematuk seperti ular,Dan menyemburkan racun seperti ular berbisa.
33 Matamu akan melihat perkara yang aneh,Dan kamu akan meluahkan kata-kata yang keji.+
34 Kamu akan seolah-olah berbaring di tengah lautan,Seperti seseorang yang merebahkan dirinya di atas tiang kapal.
35 Kamu akan berkata, “Aku dipukul, tetapi aku tidak terasa apa-apa.
Aku dibelasah, tetapi aku tidak ingat.
Bilakah aku akan bangun?+
Aku mahu minum lagi.”
Nota Kaki
^ Harfiah, “Letakkan sebilah pisau pada leher kamu.”
^ Atau mungkin, “Jangan bergantung pada pengertian kamu sendiri.”
^ Harfiah, “Penebus.”
^ Atau “mendisiplinkan orang muda.”
^ Harfiah, “Belilah kebenaran dan jangan menjualnya.”
^ Harfiah, “Belilah.”
^ Atau “Orang yang mencari.”