Amsal 11:1-31

  • “Kebijaksanaan ada pada orang yang rendah hati” (2)

  • “Orang murtad membinasakan orang lain” (9)

  • Orang berjaya dengan adanya banyak penasihat (14)

  • Orang yang murah hati akan makmur (25)

  • Orang yang bergantung pada kekayaan akan jatuh (28)

11  Yehuwa membenci orang yang menipu dengan timbangan,Tetapi Dia berkenan kepada orang yang menggunakan timbangan yang tepat.+   Di mana ada keangkuhan,* di situ ada kehinaan,+Tetapi kebijaksanaan ada pada orang yang rendah hati.+   Orang yang baik dibimbing oleh kesetiaan,+Tetapi orang yang licik dimusnahkan kerana tidak berlaku setia.+   Kekayaan tidak berguna pada hari kemurkaan,+Tetapi perbuatan baik dapat menyelamatkan orang daripada kematian.+   Haluan orang yang tidak bercela akan lurus kerana kebaikannya,Tetapi orang yang jahat akan tersandung kerana kejahatannya.+   Orang yang tulus hati selamat kerana berbuat baik,+Tetapi orang yang licik akan diperangkap oleh keinginannya.+   Apabila orang jahat mati, harapannya hilang;Dan keyakinannya terhadap kekuatannya sendiri juga lenyap.+   Orang baik diselamatkan daripada kesusahan,Dan orang jahat akan menggantikan tempatnya.+   Percakapan orang murtad membinasakan orang lain,Tetapi pengetahuan dapat menyelamatkan orang yang baik.+ 10  Perbuatan baik yang dilakukan orang baik menyebabkan seluruh kota bersuka ria,Dan kemusnahan orang jahat menyebabkan orang bersorak dengan gembira.+ 11  Berkat orang baik menyebabkan sebuah kota menjadi masyhur,+Tetapi mulut orang jahat menyebabkan kota itu runtuh.+ 12  Orang yang kurang daya pertimbangan menghina orang lain,Tetapi orang yang benar-benar berpengertian berdiam diri.+ 13  Seorang pemfitnah membongkar rahsia orang lain,+Tetapi orang yang dapat dipercayai menyimpan rahsia. 14  Tanpa bimbingan yang baik, orang akan gagal,Tetapi dengan adanya banyak penasihat, orang akan berjaya.*+ 15  Orang yang menjadi penjamin hutang untuk seseorang yang tidak dikenali tentu mendapat padah,+Tetapi orang yang tidak membuat persetujuan sedemikian akan selamat. 16  Wanita yang baik budi memperoleh kemuliaan yang berkekalan,+Tetapi lelaki yang kejam hanya mendapat kekayaan yang sementara. 17  Orang yang baik hati* menguntungkan diri sendiri,+Tetapi orang yang zalim merugikan* diri sendiri.+ 18  Orang jahat mendapat upah yang tidak berkekalan,+Tetapi orang yang berbuat baik menerima berkat yang sejati.+ 19  Orang yang berpegang teguh pada apa yang benar menuju kehidupan,+Tetapi orang yang mengejar kejahatan menuju kematian. 20  Orang yang busuk hati dibenci oleh Yehuwa,+Tetapi orang yang hidup tanpa cela dikasihi oleh-Nya.+ 21  Yakinlah bahawa orang jahat pasti dihukum,+Tetapi keturunan orang baik akan diselamatkan. 22  Kecantikan pada wanita yang tidak berpengertianIbarat cincin emas pada hidung babi. 23  Keinginan orang yang lurus hati menghasilkan kebaikan,+Tetapi apa yang didambakan oleh orang jahat membawa kemurkaan. 24  Orang yang murah hati akan menjadi kaya,+Tetapi orang yang kedekut akan menjadi miskin.+ 25  Orang yang murah hati akan menjadi makmur,+Dan orang yang menyegarkan orang lain akan disegarkan.+ 26  Orang yang enggan menjual biji-bijian kepada orang lain akan dikutuk,Tetapi orang yang menjualnya akan diberkati. 27  Orang yang rajin berbuat baik berusaha mendapat perkenan Tuhan,*+Tetapi orang yang mengejar kejahatan pasti ditimpa kejahatan.+ 28  Orang yang bergantung pada kekayaannya akan jatuh,+Tetapi orang baik akan menjadi makmur seperti dedaun yang subur.+ 29  Sesiapa yang mendatangkan malu* kepada keluarganya, tidak akan mewarisi apa-apa,+Dan orang bodoh akan menjadi hamba kepada orang yang bijak. 30  Kelakuan orang baik seperti pokok kehidupan,+Dan orang yang bijak menggalakkan orang lain untuk berbuat baik.+ 31  Sesungguhnya, jika orang yang baik di bumi menerima ganjaran,Sudah pasti orang jahat dan pendosa akan menerima balasan!+

Nota Kaki

Perkataan Ibrani asal juga menggambarkan seseorang yang bertindak sesuka hati sehingga melampaui batasnya.
Atau “selamat.”
Atau “memalukan.”
Atau “Orang yang menunjukkan kasih setia.”
Atau “manusia.”
Atau “kesusahan.”