Amsal 20:1-30
20 Wain menyebabkan orang merepek,+ dan minuman keras menyebabkan orang hilang kawalan;+Sesiapa yang minum arak sehingga menyimpang daripada haluan yang benar tidak bijak.+
2 Rasa takut akan raja bagaikan takut akan ngauman singa;+Sesiapa yang membangkitkan kemurkaan raja membahayakan diri.+
3 Orang bodoh akan melibatkan diri dalam pertengkaran;+Orang yang menghindari pertengkaran patut dipuji.+
4 Orang malas tidak membajak semasa cuaca sejuk,Maka dia terpaksa mengemis pada musim menuai kerana tidak mempunyai apa-apa.*+
5 Fikiran* seseorang bagaikan air di perigi yang dalam,Tetapi orang yang berpengertian dapat menimbanya.
6 Banyak orang mengaku bahawa mereka mempunyai kasih setia,Tetapi orang yang benar-benar setia sangat susah ditemui.
7 Orang yang baik menunjukkan kesetiaan;*+
Berbahagialah anak-anaknya!+
8 Apabila raja duduk di atas takhta penghakiman,+Dia memeriksa segalanya dengan teliti agar dapat menghapuskan kejahatan.+
9 Siapakah yang dapat berkata, “Aku telah memurnikan hatiku;+Aku tidak lagi berdosa”?+
10 Yehuwa membenci orang yang menggunakan timbangan yang tidak tepat;Dia murka terhadap orang yang menggunakan alat pengukur yang tidak tepat.+
11 Kelakuan seorang anak menunjukkan sama ada dia murni atau tidak.Ya, perbuatannya membuktikan sama ada dia tulus atau tidak.+
12 Yehuwa menciptakan mata untuk melihat,Dan telinga untuk mendengar.+
13 Janganlah suka tidur, supaya kamu tidak menjadi miskin.+
Bukalah matamu, lalu kamu akan menikmati banyak makanan.+
14 Orang yang membeli suka berkata, “Barang ini tidak bagus!”Tetapi setelah membeli barang itu, dia bercakap besar tentang harga murah yang dibayarnya.+
15 Emas dan batu permata memang berharga,Tetapi kata-kata yang mengandungi pengetahuan lebih bernilai daripada semua itu.+
16 Jika seseorang menjadi penjamin bagi orang yang tidak dikenali, ambillah jubahnya;+Dan jika dia menjalin hubungan dengan perempuan asing, rampaslah harta miliknya sebagai jaminan.+
17 Roti yang diperoleh daripada penipuan mula-mula lazat rasanya,Tetapi kemudian terasa seperti pasir belaka.+
18 Rancangan berjaya jika disertai perbincangan;*+Dapatkanlah bimbingan yang baik sebelum pergi berperang.+
19 Seorang pemfitnah membongkar rahsia orang lain;+Janganlah bergaul dengan orang yang suka mengumpat.
20 Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya,Kehidupannya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat yang gelap.+
21 Meskipun orang yang tamak menjadi kaya,Pada akhirnya, kekayaan itu tidak akan membawa berkat kepadanya.+
22 Janganlah berkata, “Aku akan membalas dendam!”+
Berharaplah kepada Yehuwa,+ dan Dia akan menyelamatkan kamu.+
23 Yehuwa membenci orang yang menggunakan timbangan yang tidak tepat;Tidak baik menggunakan alat pengukur yang tidak tepat.
24 Yehuwa membimbing jalan hidup manusia;+Dapatkah seseorang mengetahui haluan yang harus ditempuhnya?*
25 Seseorang akan terjerat jika dia tergesa-gesa berseru, “Hal ini suci!”+
Sebelum berfikir panjang tentang ikrar yang telah dibuatnya itu.+
26 Sebagaimana sekam diasingkan daripada biji-bijian,Demikianlah orang jahat diasingkan dan disingkirkan oleh raja yang bijak.+
27 Bagi Yehuwa, luahan hati* seseorang bagaikan pelitaYang dapat mendedahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya.
28 Kasih* dan kesetiaan melindungi raja;+Kasih setia akan mengukuhkan takhtanya.+
29 Kemuliaan orang muda ialah kekuatan mereka,+Dan kemegahan orang tua ialah uban mereka.+
30 Disiplin* dapat menyingkirkan kejahatan,+Dan hukuman* dapat membersihkan batin seseorang.
Nota Kaki
^ Atau mungkin, “Semasa musim menuai, dia akan mencari-cari tetapi tidak menjumpai apa-apa.”
^ Atau “Niat hati.”
^ Atau “integriti.”
^ Atau “nasihat.”
^ Atau “memahami haluannya sendiri?”
^ Harfiah, “nafas.”
^ Atau “Kasih setia.”
^ Harfiah, “Luka dan lebam.”
^ Harfiah, “pukulan.”