Amsal 24:1-34
24 Jangan iri hati terhadap orang jahat,Dan jangan bergaul dengan mereka,+
2 Kerana mereka merancang kejahatan dalam hati mereka,Dan bercakap tentang cara untuk mencelakakan orang lain.
3 Dengan kebijaksanaan, sebuah rumah* diteguhkan,+Dengan pengertian, sebuah rumah dikukuhkan,
4 Dan dengan pengetahuan, bilik-biliknyaAkan dipenuhi dengan harta yang indah dan bernilai.+
5 Orang yang bijak mempunyai kuasa dan kekuatan,+Dan pengetahuan akan menambah kekuasaan seseorang.
6 Dengan bimbingan yang baik, kamu dapat melancarkan seranganmu,+Dan kemenangan* diperoleh dengan adanya banyak penasihat.+
7 Orang bodoh tidak dapat memperoleh kebijaksanaan sejati;+Tiada apa-apa pun yang dapat dikatakannya di gerbang kota.
8 Seseorang yang merancang kejahatanAkan digelar sebagai dalang kejahatan.+
9 Rancangan bodoh* mengakibatkan dosa,Dan orang yang suka mencemuh akan dibenci.+
10 Jika kamu tawar hati pada masa kesusahan,Kekuatanmu akan berkurang.
11 Selamatkanlah mereka yang akan dihukum mati,Dan bantulah mereka yang berada di ambang kebinasaan.+
12 Mungkin kamu berkata, “Tapi kami tidak tahu tentang hal itu,”
Namun Dia yang memeriksa hati* mengetahuinya.+
Ya, Dia yang memerhatikan kamu memang tahuDan Dia akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya.+
13 Hai anakku, makanlah madu, kerana madu itu baik;Madu asli manis rasanya.
14 Begitu juga, ketahuilah bahawa kebijaksanaan baik untukmu.+
Jika kamu menemuinya, masa depanmu terjamin,Dan harapanmu tidak akan lenyap.+
15 Jangan menjadi seperti orang jahat yang menghendap berhampiran rumah orang baik;Jangan memusnahkan tempat kediaman orang baik.
16 Orang baik* mungkin jatuh tujuh kali, namun dia akan bangun semula,+Tetapi orang jahat akan dihancurkan oleh malapetaka.+
17 Jangan bergembira ketika musuhmu jatuh,Dan jangan bergirang hati semasa dia tersandung.+
18 Jika kamu berbuat demikian, Yehuwa akan melihat dan berasa tidak senang hati,Lalu Dia tidak akan murka lagi terhadap musuhmu itu.+
19 Jangan naik marah kerana orang jahat;Jangan iri hati terhadap orang durjana,
20 Kerana orang jahat tidak mempunyai masa depan,+Dan pelita orang durjana akan padam.+
21 Hai anakku, takutlah akan Yehuwa dan raja.+
Jangan bergaul dengan para penentang,*+
22 Kerana orang sedemikian akan mengalami malapetaka secara tiba-tiba.+
Siapakah yang akan mengetahui malapetaka yang akan ditimpakan oleh mereka* kepada para penentang?+
23 Kata-kata ini juga berasal daripada orang bijak:
Tidak baik bersikap berat sebelah semasa mengadili sesuatu perkara.+
24 Sesiapa yang berkata kepada orang jahat, “Kamu tidak bersalah,”+
Akan dikutuk dan dikecam oleh bangsa-bangsa,
25 Tetapi sesiapa yang menegur orang jahat akan makmur;+Mereka akan diberkati dengan perkara-perkara yang baik.+
26 Orang yang menjawab dengan jujur akan dihormati.*+
27 Persiapkanlah pekerjaanmu di luar rumah, dan sediakanlah ladangmu terlebih dahulu.Selepas itu, dirikanlah rumah tanggamu.
28 Jangan menjadi saksi untuk menentang orang lain tanpa sebab.+
Jangan berdusta untuk memperdayakan orang lain.+
29 Jangan berkata, “Aku akan memperlakukannya sebagaimana dia memperlakukan aku;Aku akan membalas dendam terhadapnya.”+
30 Aku lalu di ladang orang malas,+Dan di ladang anggur orang yang kurang pengertian.
31 Aku nampak bahawa tempat itu ditumbuhi lalang;Tanahnya penuh dengan tumbuhan berduri,Dan temboknya telah roboh.+
32 Aku mengamati dan merenungkan hal itu;Aku memperhatikannya dan mendapat iktibar ini:
33 Tidurlah sekejap, lelapkanlah matamu sejenak,Silangkanlah tanganmu untuk berehat sebentar,
34 Maka kamu akan dilanda kemiskinan yang datang seperti perompak,Dan kamu akan ditimpa kekurangan yang datang seperti orang yang bersenjata.+
Nota Kaki
^ Atau “rumah tangga.”
^ Atau “kejayaan; penyelamatan.”
^ Atau “Rancangan orang bodoh.”
^ Atau “niat hati.”
^ Atau “Orang yang berbuat benar.”
^ Atau “dengan orang yang menuntut perubahan.”
^ Iaitu, Yehuwa dan raja.
^ Atau mungkin, “Menjawab dengan terus terang umpama memberikan ciuman.”