Dua Samuel 23:1-39

  • Kata-kata terakhir Daud (1-7)

  • Kegagahan pahlawan Daud (8-39)

23  Berikut merupakan kata-kata terakhir Daud:+ “Inilah kata-kata Daud anak Isai,+Lelaki yang telah ditinggikan,+Lelaki yang diurapi+ oleh Tuhan Yakub,Dan penyanyi bersuara merdu yang menyanyikan lagu-lagu+ Israel.*   Kuasa suci* Yehuwa berfirman menerusi aku,+Firman-Nya ada pada lidahku.+   Tuhan orang Israel berfirman,Ya, Gunung Batu orang Israel+ berfirman kepadaku, ‘Apabila seseorang memerintah umat manusia dengan adil,+Dan dengan rasa takut akan Tuhan,+   Pemerintahannya bagaikan matahari yang terbit pada waktu fajar,+Bagaikan pagi yang tidak berawan, Bagaikan sinar suria selepas hujan,Yang membuat rumput tumbuh dari muka bumi.’+   Bukankah keturunanku seperti itu di hadapan Tuhan? Dia telah membuat perjanjian yang kekal denganku,+Yang telah diaturkan dengan terperinci dan yang tidak akan diubah. Perjanjian ini akan menyelamatkan aku dan memberi aku kebahagiaan.Sesungguhnya Tuhan pasti akan menepati perjanjian ini.+   Tetapi orang yang tidak berguna dibuang+ seperti semak berduri,Kerana mereka tidak dapat disentuh.   Jika seseorang ingin menyentuh semak berduri itu,Dia mesti menggunakan senjata besi dan tombak.Semak berduri itu patut dibakar habis dengan api di tempatnya.”  Inilah senarai nama pahlawan Daud yang paling gagah:+ Yosyeb-bassyebet, seorang lelaki Tahkhemoni. Dia merupakan salah seorang daripada tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah, dan dia ialah ketua mereka.+ Pernah sekali, dia membunuh 800 orang dengan tombaknya.  Seterusnya ialah Eleazar+ anak Dodo+ daripada keturunan Ahohi. Dia juga salah seorang daripada tiga orang pahlawan yang paling gagah. Dia ada bersama Daud ketika mereka mencabar orang Filistin. Pada waktu itu, orang Filistin telah berkumpul untuk berperang. Apabila tentera Israel berundur, 10  Eleazar tidak berganjak dari tempatnya. Dia terus melawan orang Filistin sehingga lengannya lesu dan tangannya kejang kerana dia asyik memegang pedang.+ Pada hari itu, Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada tentera Israel.+ Selepas itu, mereka mengikut Eleazar dan pergi mengambil barang-barang pada mayat. 11  Seterusnya ialah Shama anak Age, orang Harari. Pada suatu hari, orang Filistin berkumpul di Lehi, di sebuah ladang yang penuh dengan kacang.* Tentera Israel lari daripada orang Filistin, 12  tetapi Shama berdiri di tengah-tengah ladang itu dan terus melawan orang Filistin untuk mempertahankan ladang itu. Maka Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada orang Israel.+ 13  Pada musim menuai, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+ 14  dan tempat berkawal mereka terletak di Betlehem. Daud pula sedang berlindung di sebuah kubu.+ 15  Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!” 16  Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi dia enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa.+ 17  Dia berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Yehuwa. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini. Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah+ orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu. 18  Selain itu, terdapat tiga orang lagi pahlawan Daud yang gagah. Salah seorang daripada mereka ialah Abisai+ anak Zeruya,+ abang Yoab, dan dia merupakan ketua mereka. Dia pernah membunuh 300 orang dengan tombaknya, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah.+ 19  Abisai menjadi ketua kerana dialah yang paling handal. Tetapi dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu. 20  Benaya+ ialah anak kepada Yehoyada, seorang lelaki yang berani. Benaya telah banyak kali menunjukkan kegagahannya di Kabzeel.+ Dia membunuh dua orang anak lelaki Ariel dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia turun ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.+ 21  Dia juga membunuh seorang lelaki Mesir yang berbadan besar. Meskipun lelaki itu memegang sebatang tombak, Benaya menyerang lelaki itu dengan sebatang kayu dan merampas tombaknya dari tangannya, lalu membunuhnya dengan tombak itu. 22  Itulah hal-hal yang dilakukan oleh Benaya anak Yehoyada, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan yang gagah itu. 23  Walaupun dia lebih handal daripada 30 orang pahlawan yang lain, dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan yang paling gagah itu. Namun Daud melantik dia untuk menjadi ketua pengawal peribadinya. 24  Berikut merupakan nama 30 orang pahlawan: Asael,+ iaitu adik Yoab; Elhanan anak Dodo dari Betlehem;+ 25  Shama, orang Harod; Elika, orang Harod; 26  Heles,+ orang Palti; Ira+ anak Ikes, orang Tekoa; 27  Abi-ezer,+ orang Anatot;+ Mebunai, orang Husa; 28  Zalmon, orang Ahohi; Maharai,+ orang Netofa; 29  Heleb anak Baanah, orang Netofa; Itai anak Ribai dari Gibea, yang terletak di kawasan orang Benyamin; 30  Benaya,+ orang Piraton; Hidai dari wadi* Gaas;+ 31  Abi-albon, orang Araba; Azmawet, orang Bar-humi; 32  Eliahba, orang Saalboni; anak-anak Yasyen; Yonatan; 33  Shama, orang Harari; Ahiam anak Syarar, orang Harari; 34  Elifelet anak Ahasbai, anak seorang lelaki dari Maakha; Eliam anak Ahitofel,+ orang Gilo; 35  Hezro, orang Karmel; Paarai, orang Arbi; 36  Yigal anak Natan, dari Zoba; Bani, orang Gad; 37  Zelek, orang Ammon; Naharai, orang Beerot, pembawa senjata Yoab anak Zeruya; 38  Ira, orang Itri; Gareb, orang Itri;+ 39  dan Uria,+ orang Het. Kesemuanya berjumlah 37 orang.

Nota Kaki

Atau “Dan lelaki baik yang disebutkan di dalam lagu-lagu Israel.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “penyelamatan.”
Atau “kacang lentil.”
Atau “penyelamatan.”
Atau “Dataran Rendah.”
Lihat Kamus.