Dua Samuel 22:1-51

  • Daud memuji Tuhan yang telah menyelamatkannya (1-51)

    • ‘Yehuwalah batu perlindunganku’ (2)

    • Yehuwa setia kepada orang yang setia (26)

22  Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul+ dan semua musuhnya,+ Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa.+ 2  Daud berkata, “Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku;+ Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+  3  Ya Tuhan, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.Engkaulah perisaiku,+ penyelamatku yang berkuasa,* dan tempat naunganku.+Engkaulah penyelamatku+ dan tempat persembunyianku.+ Engkau telah menyelamatkan aku daripada keganasan.  4  Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,Dan aku akan diselamatkan daripada musuhku.  5  Gelora maut mengelilingi aku,+Orang yang tidak berguna menakutkan aku seperti banjir kilat.+  6  Tali-tali Kuburan* melilit aku,+Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+  7  Aku berseru kepada Yehuwa semasa aku dalam kesusahan,+Aku terus berseru kepada Tuhanku. Lalu Dia mendengar suaraku dari rumah-Nya,Seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+  8  Bumi mula bergegar dan bergoncang.+Asas langit bergetar-getar+Dan bergoncang kerana Dia telah menjadi murka.+  9  Dia menghembuskan asap dari hidung-Nya,Dan mengeluarkan api yang marak dari mulut-Nya.+Bara api yang bernyala-nyala keluar daripada-Nya. 10  Langit melengkung apabila Dia turun,+Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+ 11  Dia terbang dengan mengenderai kerub.+ Dia kelihatan di atas sayap makhluk roh.*+ 12  Dia menggunakan kegelapan untuk membentuk khemah di sekeliling-Nya,+Kegelapan yang terdiri daripada awan yang mendung dan tebal. 13  Daripada cahaya terang di hadapan-Nya, bara api terbakar dengan berkobar-kobar. 14  Kemudian Yehuwa membuat guruh mengguntur dari langit,+Yang Maha Tinggi membuat suara-Nya kedengaran.+ 15  Dia melepaskan anak panah+ dan mencerai-beraikan musuh-Nya,Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+ 16  Dasar laut dapat dilihat+ dan asas bumi pun terdedah,Kerana Yehuwa memberikan tegur ajar,Kerana hidung-Nya menghembuskan nafas.+ 17  Dia menghulurkan tangan-Nya dari atas,Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+ 18  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku. 19  Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+Namun Yehuwa tetap menyokong aku. 20  Dia membawa aku ke tempat yang selamat,*+Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku.+ 21  Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar.+Dia memberikan ganjaran kepadaku kerana tanganku tidak berbuat salah.+ 22  Aku mengikuti haluan Yehuwa,Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku. 23  Segala hukum-Nya+ ada di hadapanku,Aku tidak akan menyimpang daripada perintah-Nya.+ 24  Aku bertekad untuk tetap suci+ di hadapan-Nya,Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+ 25  Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+ 26  Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+Engkau melayan orang yang tidak bersalah dengan adil,+ 27  Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+Tetapi Engkau memperdayakan orang yang licik.+ 28  Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,+Tetapi Engkau melawan orang yang angkuh, dan Engkau merendahkan mereka.+ 29  Ya Yehuwa, Engkaulah pelitaku.+Ya Yehuwa, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+ 30  Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak,Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+ 31  Haluan Tuhan yang benar memang sempurna,+Dan firman Yehuwa murni.+ Dia seperti perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+ 32  Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa,+ Tuhanlah satu-satunya gunung batu kita.+ 33  Tuhan yang benar ialah kubu perlindunganku yang kukuh,+Dan Dia akan menyempurnakan jalanku.+ 34  Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,Dan membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+ 35  Dia melatih tanganku untuk berperang.Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga. 36  Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai-Mu untuk menyelamatkan aku,Dan kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+ 37  Engkau melebarkan jalanku,Dan aku tidak akan tersungkur.+ 38  Aku akan mengejar musuhku dan melenyapkan mereka,Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa. 39  Aku akan memusnahkan mereka dan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi,+Mereka akan rebah di bawah kakiku. 40  Engkau akan memberi aku kekuatan untuk bertempur,+Engkau akan menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+ 41  Engkau akan menyebabkan musuhku berundur dari hadapanku,+Aku akan membinasakan* orang yang membenciku.+ 42  Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka.Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka.+ 43  Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang halus di tanah.Aku akan meremukkan mereka dan memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalanan. 44  Engkau akan menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+ Engkau akan melindungi aku dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa.+Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+ 45  Orang asing akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan,+Mereka akan mendengar kata-kataku dan mematuhiku.* 46  Orang asing akan hilang keberanian,Mereka akan keluar dari kubu pertahanan dengan gementar. 47  Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Gunung Batuku!+ Semoga Dia dimuliakan kerana Dia penyelamatku dan gunung batuku.+ 48  Tuhan yang benar melakukan pembalasan bagiku,+Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku,+ 49  Dia menyelamatkan aku daripada musuhku. Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada+ orang yang menyerang aku.Dia menyelamatkan aku daripada orang ganas.+ 50  Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku bersyukur kepada-Mu dalam kalangan bangsa-bangsa.+Aku akan menyanyikan lagu* untuk memuji nama-Mu.+ 51  Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan raja yang Engkau lantik,+Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.”+

Nota Kaki

^ Harfiah, “tanduk penyelamatanku.” Lihat Kamus, “Tanduk.”
^ Lihat Kamus.
^ Atau “sayap angin.”
^ Atau “tempat yang luas.”
^ Harfiah, “membungkam.”
^ Harfiah, “Apabila telinga mereka mendengar, mereka akan mematuhi aku.”
^ Atau “bermain muzik.”