Dua Samuel 10:1-19

  • Ammon dan Siria dikalahkan (1-19)

10  Beberapa waktu kemudian, raja orang Ammon+ meninggal, dan anak lelakinya Hanun menggantikannya sebagai raja.+  Daud berkata, “Beta akan menunjukkan kasih setia kepada Hanun anak Nahas kerana bapanya telah menunjukkan kasih setia kepada beta.” Maka dia mengutus para pegawainya untuk menghiburkan hati Hanun. Tetapi apabila mereka sampai di Ammon,  para pemimpin Ammon berkata kepada Hanun, “Benarkah Daud menghantar utusannya untuk menghiburkan hati tuanku dan untuk menghormati ayahanda tuanku? Bukankah Daud mengutus mereka sebagai pengintip untuk memerhatikan kota ini supaya mereka dapat menakluki kita?”  Maka Hanun menangkap para utusan Daud lalu mencukur separuh daripada janggut+ mereka dan memotong pakaian mereka pada aras pinggang. Kemudian dia menyuruh mereka pergi.  Setelah mendengar hal ini, Daud segera menghantar orang untuk berjumpa dengan para utusan itu kerana mereka telah dimalukan dengan teruk. Dia mengirim pesanan ini kepada mereka: “Tinggallah di Yerikho+ sehingga janggut kamu tumbuh semula. Kemudian barulah kamu pulang.”  Orang Ammon mula sedar bahawa perbuatan mereka telah membuat Daud membenci mereka. Oleh itu, mereka mengutus orang untuk mengupah askar-askar orang Siria, iaitu 20,000 orang askar berjalan kaki dari Bet-rehob+ dan dari Zoba,+ dan 12,000 orang askar+ dari Istob.* Selain itu, mereka juga mengupah raja Maakha+ dengan 1,000 orang askarnya.  Setelah mendengar hal itu, Daud mengutus Yoab dan seluruh angkatan tenteranya, termasuk para pahlawannya yang paling gagah.+  Orang Ammon mengatur barisan tentera di pintu gerbang kota, manakala orang Siria dari Zoba dan Rehob berada di padang bersama orang Istob* dan orang Maakha.  Apabila Yoab nampak bahawa mereka diserang dari depan dan belakang, dia memilih askar-askar Israel yang terbaik lalu mengatur barisan tentera untuk berhadapan dengan orang Siria.+ 10  Yoab menyerahkan askar-askar selebihnya kepada abangnya Abisai,+ supaya Abisai dapat mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Ammon.+ 11  Kemudian Yoab berkata, “Jika orang Siria terlalu kuat bagiku, kamu harus datang menyelamatkan aku. Tetapi jika orang Ammon terlalu kuat bagimu, aku akan datang menyelamatkan kamu. 12  Jadilah kuat dan beranikanlah+ dirimu demi bangsa kita dan demi kota-kota Tuhan kita. Yehuwa akan melakukan apa yang baik di mata-Nya.”+ 13  Yoab dan pasukannya mara untuk melawan orang Siria, tetapi orang Siria melarikan diri.+ 14  Apabila orang Ammon nampak orang Siria melarikan diri, mereka juga melarikan diri daripada Abisai dan masuk ke dalam kota. Setelah bertempur dengan orang Ammon, Yoab pulang ke Yerusalem. 15  Orang Siria sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, dan mereka berkumpul semula.+ 16  Maka Hadadezer+ memanggil orang Siria dari kawasan sungai.*+ Mereka pun datang ke Helam di bawah pimpinan Sobakh, ketua tentera Hadadezer. 17  Apabila Daud mendengar hal itu, dia segera mengumpulkan semua tentera Israel lalu menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke Helam. Di situ, orang Siria mengatur barisan tentera mereka dan pergi bertempur dengan Daud.+ 18  Tetapi orang Siria melarikan diri daripada orang Israel. Daud membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang penunggang kuda tentera Siria. Dia juga membunuh ketua tentera mereka, iaitu Sobakh, dan Sobakh meninggal di situ.+ 19  Apabila semua raja yang berkhidmat kepada Hadadezer sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, mereka cepat-cepat berdamai dengan orang Israel dan tunduk kepada mereka.+ Sejak itu, orang Siria tidak lagi berani membantu orang Ammon.

Nota Kaki

Atau “askar dari Tob.”
Atau “askar dari Tob.”
Iaitu, Sungai Efrat.