Ulangan 3:1-29

  • Berjaya mengalahkan Og, raja Basan (1-7)

  • Pembahagian tanah di sebelah timur Sungai Yordan (8-20)

  • Yosua harus berani (21, 22)

  • Musa tidak akan masuk ke tanah yang dijanjikan (23-29)

3  “Kemudian kita pergi ke arah utara melalui Jalan Basan. Tetapi Og, raja Basan, datang bersama semua tenteranya untuk menyerang kita di Edrei.+  Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Jangan takut kepadanya, kerana Aku akan menyerahkannya dan semua rakyatnya serta semua tanahnya ke dalam tangan kamu. Kamu akan mengalahkannya sebagaimana kamu mengalahkan Sihon, raja orang Amori itu yang tinggal di Hesybon.’  Maka Yehuwa, Tuhan kita, menyerahkan Og, raja Basan itu, dan semua rakyatnya ke dalam tangan kita. Kita membunuh mereka semua sehingga tiada seorang pun yang hidup.  Kemudian kita menawan semua kota Raja Og. Semuanya ada 60 buah kota yang kita tawan di seluruh daerah Argob, yang diperintah oleh Raja Og dari Basan.+ Tiada satu kota pun yang tidak kita tawan.  Semua kota tersebut bertembok tinggi dan mempunyai pintu gerbang yang berpalang. Selain itu, ada banyak pekan yang kita tawan.  Kita memusnahkan semua kota dan pekan itu+ dan membunuh semua lelaki, perempuan, dan kanak-kanak di situ,+ seperti yang telah kita lakukan di kota-kota milik Sihon, raja Hesybon itu.  Namun kita mengambil semua ternakan dan barang-barang berharga dari kota-kota itu.  “Pada masa itu, kita merebut tanah milik dua orang raja Amori+ itu yang terletak di kawasan Sungai Yordan, iaitu dari Lembah* Arnon sampai ke Gunung Hermon.+  (Orang Amori menamakan gunung itu Senir dan orang Sidon menamakannya Siryon.) 10  Kita juga merebut kota-kota milik Raja Og dari Basan, iaitu semua kota yang terletak di dataran tinggi dan di seluruh daerah Gilead serta daerah Basan, sampai ke kota Salkha dan kota Edrei.+ 11  Raja Og dari Basan ialah keturunan Refaim yang terakhir. Kerandanya diperbuat daripada besi,* berukuran sembilan hasta* panjang dan empat hasta lebar, menurut ukuran yang biasa kita gunakan. Keranda itu masih berada di Raba, kota orang Ammon. 12  Pada waktu itu, kita menakluki kawasan dari Aroer,+ yang terletak di tepi Lembah Arnon, sampai ke setengah daripada kawasan pergunungan Gilead. Aku telah memberikan semua kota di kawasan itu kepada suku Ruben dan suku Gad.+ 13  Kawasan Gilead yang selebihnya dan seluruh Basan yang diperintah oleh Raja Og telah aku berikan kepada separuh suku Manasye.+ Seluruh daerah Argob, iaitu Basan, dahulu dikenali sebagai tanah orang Refaim. 14  “Yair+ daripada suku Manasye menduduki seluruh daerah Argob+ sampai ke sempadan tanah orang Gesur dan orang Maakha.+ Yair menamakan pekan-pekan kecil di Basan sebagai Hawot-yair*+ menurut namanya sendiri, dan semua pekan itu masih dikenali dengan nama tersebut sampai hari ini. 15  Aku memberikan daerah Gilead kepada Makhir.+ 16  Kepada suku Ruben dan suku Gad+ pula, aku memberikan kawasan dari daerah Gilead sampai ke Lembah Arnon, dengan bahagian tengah lembah itu sebagai sempadan kawasan mereka, dan sampai ke Lembah Yabok yang merupakan sempadan tanah orang Ammon. 17  Demikian juga Araba dan tebing Sungai Yordan, dari Tasik Kineret* sampai ke Laut Araba (iaitu Laut Mati) dan kaki cerun Pisga yang terletak di bahagian timur+ tanah yang dijanjikan itu. 18  “Kemudian aku memberikan perintah ini kepada mereka: ‘Yehuwa, Tuhan kamu, sudah memberikan tanah ini kepada kamu. Semua lelaki yang gagah berani dalam kalangan kamu mesti bersiap sedia untuk berperang, dan mendahului suku Israel yang lain untuk menyeberangi Sungai Yordan.+ 19  Hanya anak isteri kamu dan ternakan kamu yang akan tinggal di kota-kota yang telah kuberikan kepada kamu. (Aku tahu bahawa kamu mempunyai ternakan yang banyak sekali.) 20  Selepas Yehuwa memberi saudara-saudara kamu kedamaian, seperti yang telah diberikan-Nya kepada kamu, dan selepas saudara-saudara kamu menakluki tanah yang diberikan oleh Yehuwa kepada mereka, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah yang telah diberikan kepada kamu itu.’+ 21  “Pada masa itu, aku telah memberikan perintah ini kepada Yosua:+ ‘Kamu sendiri sudah melihat segala yang telah dilakukan oleh Yehuwa kepada dua orang raja itu. Demikianlah yang akan dilakukan oleh Yehuwa kepada semua raja yang negerinya akan kamu serang.+ 22  Jangan takut kepada mereka, kerana Yehuwalah yang akan berjuang untukmu.’+ 23  “Pada masa itu, aku telah memohon kepada Yehuwa, 24  ‘Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Engkau sudah menunjukkan keagungan dan kekuasaan-Mu kepadaku.+ Aku tahu bahawa semua itu hanyalah permulaan, dan Engkau akan melakukan lebih banyak perkara yang luar biasa. Tidak ada tuhan lain, baik di syurga mahupun di bumi, yang dapat melakukan perkara-perkara menakjubkan yang telah Engkau lakukan.+ 25  Benarkanlah aku menyeberangi Sungai Yordan dan melihat tanah yang baik di seberang, iaitu kawasan pergunungan yang indah itu dan kawasan Lebanon.’+ 26  Tetapi Yehuwa masih murka terhadapku kerana kamu semua,+ dan Dia tidak mendengarkan permohonanku. Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Cukuplah! Jangan sebut tentang perkara ini lagi. 27  Pergilah ke puncak Pisga+ dan pandanglah ke utara, selatan, timur, dan barat. Perhatikanlah tanah itu kerana engkau tidak akan menyeberangi Sungai Yordan.+ 28  Lantiklah Yosua+ sebagai penggantimu dan kuatkanlah hatinya, kerana dialah yang akan memimpin+ umat Israel untuk menyeberangi Sungai Yordan dan menduduki tanah yang akan engkau lihat itu.’ 29  Semua peristiwa itu berlaku semasa kita tinggal di lembah yang ada di hadapan Bet-peor.+

Nota Kaki

Atau “Wadi.”
Atau mungkin, “batu basalt.”
Maksudnya “Pekan-Pekan Yair.”
Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.