Ulangan 18:1-22

  • Warisan imam dan orang Lewi (1-8)

  • Dilarang mengamalkan spiritisme (9-14)

  • Nabi seperti Musa (15-19)

  • Cara mengenal pasti nabi palsu (20-22)

18  “Para imam keturunan Lewi dan seluruh suku Lewi tidak akan diberi sebarang tanah di Israel sebagai warisan. Tetapi mereka akan mendapat sebahagian daripada korban yang dibakar untuk Yehuwa, iaitu korban-korban yang dikhususkan bagi-Nya.+  Mereka tidak akan mendapat sebarang tanah warisan dalam kalangan orang Israel. Yehuwalah yang akan menjadi warisan mereka, seperti yang telah difirmankan-Nya kepada mereka.  “Daripada apa yang dipersembahkan oleh umat Israel, inilah bahagian yang akan menjadi milik para imam: Jika ada orang mempersembahkan lembu atau bebiri sebagai korban, bahagian bahu dan rahang serta perut binatang itu harus diberikan kepada imam.  Hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak, dan bulu bebiri, juga harus diberikan kepada para imam.+  Daripada suku-suku Israel, semua lelaki keturunan Lewi telah dipilih oleh Yehuwa, dan mereka akan sentiasa berkhidmat kepada Yehuwa.+  “Jika ada orang Lewi yang meninggalkan tempat kediamannya di salah satu kota di Israel+ dan pergi ke tempat yang dipilih oleh Yehuwa,*+  dia boleh berkhidmat kepada Yehuwa bersama-sama orang Lewi lain yang bertugas di hadapan Yehuwa di sana.+  Selain hasil penjualan harta pusakanya, dia juga boleh mendapat makanan sebanyak yang diterima oleh orang Lewi lain.+  “Apabila kamu memasuki tanah yang diberikan oleh Yehuwa kepada kamu, jangan mengikut perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan oleh bangsa-bangsa yang tinggal di situ.+ 10  Jangan membakar anak lelaki dan anak perempuan kamu dalam api.+ Jangan mengamalkan ilmu ramal+ atau ilmu sihir.+ Jangan mencari petanda+ atau menjadi tukang sihir.+ 11  Jangan mengenakan jampi kepada orang lain, dan jangan mencari bomoh+ atau meminta nasihat daripada tukang tilik.+ Jangan meminta petunjuk daripada orang mati.+ 12  Yehuwa sangat membenci sesiapa yang melakukan perkara-perkara keji tersebut. Itulah sebabnya Yehuwa, Tuhan kamu, akan mengusir bangsa-bangsa itu dari hadapan kamu. 13  Kamu mesti tidak bercacat cela di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu.+ 14  “Bangsa-bangsa yang akan diusir itu selalu mengikut kata-kata tukang sihir+ dan tukang ramal,+ tetapi Yehuwa, Tuhan kamu, melarang kamu melakukan semua itu. 15  Yehuwa, Tuhan kamu, akan melantik seorang nabi seperti aku daripada kalangan kamu. Kamu mesti mendengarkan kata-katanya.+ 16  Hal ini demikian kerana semasa kamu* berkumpul di Gunung Horeb,+ kamu telah memohon kepada Yehuwa, Tuhan kamu, dengan berkata, ‘Janganlah Yehuwa yang bercakap kepada kami, dan janganlah biarkan kami melihat api yang besar ini lagi, supaya kami tidak mati.’+ 17  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, ‘Apa yang dikatakan oleh mereka itu baik. 18  Aku akan melantik seorang nabi seperti engkau daripada kalangan saudara-saudaramu.+ Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya,+ dan dia akan menyampaikan segala perintah-Ku kepada mereka.+ 19  Sesungguhnya, Aku akan menghukum sesiapa yang tidak mematuhi perintah-Ku, yang Aku sampaikan melalui nabi itu.+ 20  “‘Jika seorang nabi berani menyampaikan perkhabaran demi nama-Ku, padahal Aku tidak menyuruhnya berbuat begitu, atau jika dia menyampaikan perkhabaran demi nama tuhan-tuhan lain, maka nabi itu mesti dihukum mati.+ 21  Tetapi mungkin kamu tertanya-tanya dalam hati, “Bagaimana kami dapat mengetahui sama ada kata-kata seorang nabi berasal daripada Yehuwa atau tidak?” 22  Jika seorang nabi menyampaikan perkhabaran demi nama Aku, Yehuwa, tetapi apa yang dikatakannya tidak berlaku, maka kata-kata itu tidak berasal daripada Aku, Yehuwa. Nabi itu telah bertindak dengan angkuh dan kamu tidak perlu takut kepadanya.’

Nota Kaki

Iaitu, tempat yang dipilih oleh Yehuwa sebagai pusat untuk menyembah-Nya.
Atau “sidang.” Lihat Kamus.