Bilangan 7:1-89

  • Korban untuk pentahbisan khemah suci (1-89)

7  Pada hari Musa selesai mendirikan khemah suci,+ dia mengurapi+ khemah itu dengan minyak suci untuk mentahbiskannya. Dia juga mengurapi dan mentahbiskan semua peralatan khemah, mazbah, dan semua peralatan mazbah.+ Selepas dia mengurapi dan mentahbiskan semua itu,+  para pemimpin orang Israel,+ yang merupakan ketua suku, mempersembahkan korban. Para pemimpin itu, yang telah mengawasi pembancian,  membawa 6 buah kereta lembu dan 12 ekor lembu jantan, lalu mempersembahkannya kepada Yehuwa; sebuah kereta lembu diberikan oleh dua orang pemimpin dan seekor lembu diberikan oleh setiap pemimpin. Mereka membawa semua persembahan itu ke hadapan khemah suci.  Yehuwa berfirman kepada Musa,  “Terimalah semua persembahan itu, kerana semua itu akan digunakan untuk melakukan segala kerja di khemah pertemuan. Berikanlah semua itu kepada orang Lewi sesuai dengan tugas mereka masing-masing.”  Maka Musa menerima semua lembu dan kereta lembu itu lalu memberikannya kepada orang Lewi.  Dia memberikan dua buah kereta lembu dan empat ekor lembu kepada puak Gerson, sesuai dengan apa yang diperlukan oleh mereka untuk menjalankan tugas.+  Dia memberikan empat buah kereta lembu dan lapan ekor lembu kepada puak Merari, sesuai dengan apa yang diperlukan oleh mereka untuk menjalankan tugas. Mereka semua melakukan tugas di bawah pimpinan Itamar anak Harun.+  Tetapi dia tidak memberikan apa-apa kepada puak Kehat, kerana mereka bertugas di tempat suci,+ dan mereka harus mengusung atau memikul semua peralatan suci.+ 10  Para pemimpin tersebut mempersembahkan korban untuk upacara pentahbisan+ mazbah pada hari mazbah itu diurapi dengan minyak suci. Selepas mereka mempersembahkan korban di hadapan mazbah, 11  Yehuwa berfirman kepada Musa, “Setiap hari, salah seorang pemimpin harus mempersembahkan korbannya untuk upacara pentahbisan mazbah.” 12  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari pertama ialah Nahason+ anak Aminadab daripada suku Yehuda. 13  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram* dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram,* menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 14  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram,* yang penuh dengan kemenyan. 15  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 16  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 17  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Nahason anak Aminadab.+ 18  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kedua ialah Netanel+ anak Zuar daripada suku Isakhar. 19  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 20  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 21  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 22  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 23  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Netanel anak Zuar. 24  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ketiga ialah Eliab+ anak Helon daripada suku Zebulon. 25  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 26  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 27  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 28  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 29  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Eliab+ anak Helon. 30  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari keempat ialah Elizur+ anak Shedeyur daripada suku Ruben. 31  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 32  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 33  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 34  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 35  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Elizur+ anak Shedeyur. 36  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kelima ialah Selumiel+ anak Zurishadai daripada suku Simeon. 37  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 38  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 39  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 40  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 41  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Selumiel+ anak Zurishadai. 42  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari keenam ialah Eliasaf+ anak Dehuel daripada suku Gad. 43  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 44  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 45  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 46  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 47  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Eliasaf+ anak Dehuel. 48  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ketujuh ialah Elisama+ anak Amihud daripada suku Efraim. 49  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 50  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 51  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 52  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 53  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Elisama+ anak Amihud. 54  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kelapan ialah Gamaliel+ anak Pedazur daripada suku Manasye. 55  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 56  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 57  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar.+ 58  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 59  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Gamaliel+ anak Pedazur. 60  Pemimpin+ yang mempersembahkan korban pada hari kesembilan ialah Abidan+ anak Gideoni daripada suku Benyamin. 61  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 62  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 63  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 64  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 65  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Abidan+ anak Gideoni. 66  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-10 ialah Ahiezer+ anak Amishadai daripada suku Dan. 67  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 68  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 69  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 70  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 71  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Ahiezer+ anak Amishadai. 72  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-11 ialah Pagiel+ anak Okhran daripada suku Asyer. 73  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 74  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 75  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 76  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 77  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Pagiel+ anak Okhran. 78  Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-12 ialah Ahira+ anak Enan daripada suku Naftali. 79  Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 80  Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 81  Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 82  Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 83  dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Ahira+ anak Enan. 84  Inilah yang dipersembahkan oleh para pemimpin umat Israel untuk upacara pentahbisan+ mazbah: 12 buah pinggan perak, 12 buah mangkuk perak, dan 12 buah cawan emas.+ 85  Setiap pinggan perak itu beratnya 1.48 kilogram dan setiap mangkuk perak itu beratnya 800 gram. Maka jumlah berat kesemua barangan perak itu ialah 27.36 kilogram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ 86  Setiap cawan emas yang penuh dengan kemenyan itu beratnya 114 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Maka jumlah berat kesemua cawan emas itu ialah 1.37 kilogram. 87  Jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban bakar ialah 12 ekor lembu jantan, 12 ekor bebiri jantan, dan 12 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Semua korban itu dipersembahkan bersama korban bijirin. Jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban dosa ialah 12 ekor anak kambing, 88  manakala jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian pula ialah 24 ekor lembu jantan, 60 ekor bebiri jantan, 60 ekor kambing jantan, dan 60 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban untuk upacara pentahbisan+ mazbah, yang dipersembahkan selepas mazbah itu diurapi dengan minyak suci.+ 89  Setiap kali Musa masuk ke dalam khemah pertemuan untuk bercakap dengan Tuhan,+ dia akan mendengar suara dari atas penutup+ tabut perjanjian, iaitu di antara dua kerub*+ di atas tabut itu. Begitulah caranya Tuhan bercakap dengan Musa.

Nota Kaki

Harfiah, “130 syekel.” Lampiran B14.
Harfiah, “70 syekel.” Lampiran B14.
Harfiah, “10 syekel.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.